4 ‘Maria’ Yang Berjaya Mengubah Dunia!

Image result for Maria Sharapova beautiful

Image result for Maria Sharapova beautiful

Kami tidak pasti sama ada anda ada mengikut satu laporan yang dibuat oleh akhbar The Star mengenai kedatangan pelakon Jepun, Maria Ozawa ke Malaysia. Beliau dilaporkan tiba di Malaysia pada hari Sabtu lalu dan kini sedang melancong di sekitar Malaysia dengan teman lelaki beliau, seorang tukang masak selebriti bernama Jose Sarasola.

Mungkin ada diantara ada yang tertanya-tanya siapa Maria Ozawa. Kami mudahkan cerita, beliau adalah salah seorang pelakon filem porno paling terkenal di dunia yang kini nampaknya semakin berani (haha) menceburi bidang lakonan sebenar (haha lagi), menerusi beberapa buah filem yang diterbitkan di Indonesia dan Filipina. Dengan wajahnya yang unik kerana berketurunan Jepun dan Kanada, Maria Ozawa menjadi kegilaan (haha kali ketiga) anak muda, termasuklah di Malaysia.

Walaupun begitu, ramai juga sebenarnya individu lain yang bernama Maria dan sepatutnya dapat dijadikan idola yang lebih baik, berbanding Maria Ozawa. Kami persembahkan kepada anda 4 individu yang membuktikan kepada dunia wanita bernama ‘Maria’ mampu menggoncang dunia.

1. Maria Sharapova

iluminasi maria terkenal

Bintang tenis Rusia terkenal bukan sahaja kerana kejelitaannya, beliau juga adalah bekas pemain nombor satu tenis wanita dunia. Selain itu beliau juga terkenal sebagai pemain tenis wanita paling kuat menjerit ketika perlawanan. Mula menyertai karier tenis sejak berumur 14 tahun, beliau mula dikenali selepas memenangi kejohanan berprestij Wimbledon pada 2004. Sepanjang karier tenisnya beliau sentiasa berada dalam kelompok pemain terbaik walau bagaimanapun, pada 2016 selepas satu ujian dadah, beliau digantung 15 bulan kerana mengambil bahan terlarang. Pada April 2017, beliau kini dibenarkan menyertai semula kejohanan.

2. Maria Theresa

iluminasi maria terkenal2

Dilahirkan pada tahun 1717, Maria merupakan waris kepada kerajaan Austria. Oleh kerana ayahnya risau takhta warisannya tidak dapat diturunkan kepada anak perempuan, Charles VI memohon untuk menukar undang-undang di Eropah bagi membenarkan anak perempuan dipilih menjadi raja Austria. Pada tahun 1740, Maria Theresa menaiki takhta menjadi pemerintah kepada Dinasti Habsburg dan melepaskan pemerintahan pada anaknya, Marie Antoinette pada tahun 1780. Anaknya menjadi Raja terakhir Perancis sebelum dijatuhkan melalui pemberontakan Revolusi Perancis.

3. Maria Corazon Aqunio

iluminasi maria terkenal3

Kita lebih mengenali nama beliau sebagai Corazon Aquino tetapi nama penuhnya mengandungi nama Maria. Merupakan presiden ke 11 kerajaan Filipina beliau adalah orang yang mengembalikan sistem demokrasi ke negara Filipina selepas pemerintahan diktator Ferdinand Marcos. Suaminya telah mati dibunuh oleh pembunuh upahan Ferdinand Marcos, membuatkan Maria menjadi calon Presiden Filipina bagi pihak pembangkang. Beliau mengambil alih jawatan selepas Ferdinand Marcos melarikan diri dan mengepalai kerajaan Filipina sehingga tahun 1992.

4. Maria Montessori

iluminasi maria terkenal4

Biasa dengar kan perkataan Montessori? Maria Montessori adalah pelopor kepada teori pendidikan awal kanak-kanak yang masih diamalkan sehingga sekarang. Maria lahir pada tahun 1870 di daerah Chiaravalle, Itali. Memperkenalkan sistem berasaskan kajian beliau, Maria berjaya melaksanakan sistem tersebut sehingga hampir 1000 buah sekolah di Amerika Syarikat menggunakan kaedah tersebut. Beliau dicalonkan untuk dua anugerah Nobel sebelum beliau meninggal pada tahun 1952 di Belanda. Pada tahun 1960, 8 tahun selepas kematian beliau, sistem montessori yang diperkenalkan oleh beliau berkembang pesat ke seluruh dunia.

Macam mana? Hebat tak orang yang bernama ‘Maria’ ni sebenarnya. Di negara kita pula, kita ada Maria Farida, Maria Arshad serta Maria Chin Abdullah yang mungkin bukan semua setuju pandangan beliau. Hebat-hebat orang nama Maria ni.

Kami berharap dengan artikel ini, anda mampu mengenali lebih ramai ‘Maria’ lain dan bukannya hanya sekadar Maria Ozawa sahaja.

sumber: iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*