5 Petua Rambut Lurus Semulajadi Tanpa Pergi Ke Salon

Loading...

 
Rambut tu ibarat mahkota wanita, ramai yang pergi ke salon untuk membuat rawatan rambut. Namun begitu, ramai yang risau penggunaan bahan kimia akan menyebabkan kesan sampingan. Ini kami kongsikan cara untuk memiliki rambut lurus dan teratur dengan menggunakan bahan semula jadi dirumah tanpa risaukan kesan dari bahan kimia. Selamat mencuba!
Dengan mengguna minyak, lakukan rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut lurus dan sihat. Haba yang dihasilkan sewaktu rawatan minyak panas membantu mengawal rambut yang beralun agar tampil lurus.
Boleh juga mengguna minyak zaitun, minyak almond atau minyak bijan.
Caranya:
Panaskan minyak dalam microwave selama 20 saat
Sapu minyak yang sudah suam ke rambut dan urut kepala selama 15 hingga 20 minit
Kemudian, sikat rambut agar minyak diserap dengan sekata
Bungkus rambut dengan tuala panas selama 30 hingga 40 minit
Selepas itu, syampu dan bilas.
Jangan keringkan rambut terus tetapi sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang sementara masih basah
Bersifat antibakteria dan antikulat, santan kelapa juga membebaskan sebarang jangkitan di kulit kepala.
Caranya:
Dalam satu gelas besar, campurkan satu cawan santan kelapa segar dan jus dari sebiji lemon
Sejukkan dalam peti sejuk sehingga wujud lapisan krim di atasnya
Ambil krim itu dan sapu pada rambut dan kulit kepala. Biarkan 20 minit
Bungkus rambut dengan shower cap dan lilitkan tuala lembap sekeliling shower cap
Biarkan selama 30 minit kemudian syampu dan bilas
Sikat rambut sementara rambut masih basah
Susu mengandungi pelembap semula jadi yang membantu meluruskan rambut.Tips ini juga sangat sesuai untuk memacu kesihatan rambut.
Caranya:Campurkan setengah cawan susu bersama setengah cawan airMasukkan dalam botol spraySikat rambut dan sembur campuran tadi ke rambutSikat sekali lagi dan biarkan selama 30 minit agar campuran itu meresap ke dalam kulit kepalaKemudian syampu serta bilas
Telur membantu menjadikan rambut kuat dan bersinar manakala minyak zaitun memberi kelembapan.Gabungan kedua-dua bahan ini membantu meluruskan rambut.
Caranya:Pukul biji telur, kemudian masukkan empat susu minyak zaitunSapu pada rambut dan kulit kepalaSikat rambut mengguna sikat bergigi jarangBalut kepala dengan shower cap kira-kira 30 hingga 40 minitSyampu dan bilas
Sumber : Abang Terlajak Laris.
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*