Ada Iklan Payudara Di Posting Solat & Masjid, Dato’ Fazley Selar Peniaga Online

Loading...

 

 

Dato’ Ahmad Fadzli bin Yaakob atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob atau Fazley (lahir 18 April 1978) sahaja, ialah seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Malaysia. Beliau memulakan karier sebagai penyanyi pada tahun 1995 ketika berusia 17 tahun. Setelah melanjutkan pelajaran di Victoria University of Wellington, New Zealand, Australia dan Universiti Utara Malaysia (UUM),[perlu rujukan] beliau juga bergelar pakar motivasi dan Eksekutif Chef kepada SukaSucre Bistro dan Rayz Bistro (Singapura).[perlu rujukan] Lagu beliau yang paling popular adalah lagu ciptaan komposer Ajai yang berjudul Asmara Ini pada tahun 2001. Beliau juga aktif sebagai pelakon, pengacara dan juga menjuarai MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012. Lalu, beliau berusaha untuk mendapatkan pelajaran dalam jurusan kulinari dan telahpun lulus sebagai graduan dari Le Cordon Bleu (Malaysia dan Paris). Kini beliau memiliki restoran bernama SukaSucre Bistro di Kuala Lumpur yang menyajikan makanan Asian-Fusion bertemakan “From Rembau to Paris”.

Pada keadaan ekonomi yang tidak menentu pada hari ini, ramai orang mengambil peluang melakukan kerja sampingan untuk menampung perbelanjaan. Sebagai contoh, ada yang berniaga secara online dengan menjadi dropship, agent dan sebagainya. Namun, harus diingatkan untuk berniaga secara bijak.

Di instagram, Dato’ Fazley Yaakob meluahkan rasa geram dengan segelintir peniaga online yang suka ambil kesempatan. Bayangkan ada iklan payudara di postingnya mengenai solat dan masjid? Patut ke tak patut? Ini respon Fazley.

Intip anak sulung solat jumaat

Di instagram, Fazley ada memuatnaik video mengintip anak sulungnya, Payish pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Payish tidak perasaan kewujudannya sehinggalah pada saat akhir. Menurut Fazley lagi, sebelum ini arwah bapa sudah mula bawanya solat jumaat sejak umur 4 tahun sehinggalah 37 tahun. Kini, giliran Fazley pula untuk membuat perkara yang sama kepada anak.

Tiba-tiba ada iklan kecantikan payudara

Namun di ruangan komen, tiba-tiba terdapat satu iklan payudara kencang, putih dan padat. Ada saja jela penjual online ini kan? Pantang nampak selebriti muatnaik post, mulalah mereka iklankan barangan.

Respon Fazley

 

Bukan tak support online entrepreneurs.. tapi kalau IG post saya soal solat dan masjid serta anak2 lelaki saya, nak promo business biarlah bijak dan tak semborono. Kesian sampai saya tak mampu nak marah.

Diharapkan peniaga-peniaga online diluar sana dapat mengambil iktibar. Lihatlah kesesuaian keadaan sebelum nak iklankan sesuatu produk

 

sumber: http://ohbulan.com/ada-iklan-payudara-di-posting-solat-masjid-dato-fazley-selar-peniaga-online/

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*