Adakah ini gaji paling mahal dalam sejarah bola sepak Malaysia ?

Mohammed Ghaddar
Loading...

Mohammed Ghaddar

sumber: http://m.utusan.com.my/

KOTA BHARU 15 Mei – Penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar dijangka menerima gaji paling mahal dalam sejarah bola sepak Malaysia sekiranya perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi kenyataan.

Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendedahkan penyerang kelahiran Lebanon itu dijangka menerima bayaran antara RM170,000 hingga RM200,000 sebulan.

Menurutnya, jumlah itu di­sebabkan keupayaan Ghaddar menunjukkan prestasi cemerlang dengan meledakkan 18 gol dalam 12 perlawanan bersama The Red Warriors (TRW).
“Selain itu, nilai perpindahan pemain berkenaan ke JDT dianggarkan mencecah RM2 juta.

“Jumlah tersebut antara perpindahan tertinggi pemain yang pernah dicatatkan dalam saingan Liga Malaysia setakat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber memberitahu, jumlah pendapatan Ghaddar untuk satu musim bersama TRW sekitar RM200,000 termasuk bonus kemenangan.

Katanya, dia berharap yuran perpindahan Ghaddar dapat dimanfaatkan untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain TRW bagi musim 2015 dan 2016.

Sementara itu, Setiausaha Datuk Ismail Md. Nor mengesahkan badan itu sudah menerima surat tawaran daripada JDT untuk mendapatkan khidmat Ghaddar.

Katanya, Kafa telah melantik naib presiden, Datuk Nasir Hamzah dan bendahari, Nik Aminalddin Nik Jaafar serta beberapa Exco untuk meneliti tawaran JDT dan menyelesaikannya dengan segera.

“Ini kerana Kafa kesuntukan masa mencari pengganti yang setanding Ghaddar dan pendaftaran sudah dibuka mulai hari ini,”katanya.

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*