Budu untuk awak, Kimchi untuk saya…

Pemuda Kelantan Kahwin Gadis Korea
Loading...

Pemuda Kelantan Kahwin Gadis Korea

sumber:http://www.astrogempak.com.my/

Kisah menarik jejaka Kelantan yang mengahwini seorang gadis Korea Selatan menjadi tular.

Muhamad Khalid Ismail pernah menjadi buah mulut di Internet kerana fasih berbahasa Korea dan muncul dalam rancangan televisyen negara itu, Abnormal Summit sekitar Ogos tahun lalu.

Dalam rancangan itu, Khalid rancak menceritakan keunikan Malaysia hingga membuatkan penonton kagum.

Kebolehannya itu menarik minat seorang gadis bernama Lee Seul dari Suwon, Gyeonggi untuk mengenalinya dan akhirnya mereka berkahwin pada Ahad lalu.

Majlis akad nikah ringkas telah diadakan pasangan itu di Masjid Pusat Itaewon dan disempurnakan oleh Imam masjid berkenaan, Syeikh Abdul Rahman Lee Juhwa.

Khalid turut berkongsi berita gembira itu di laman Facebook miliknya, Muhammad Khalid Ismail.

Tambah Khalid, majlis resepsi sebelah isterinya akan diadakan di kampung halaman isterinya di Suwon pada 14 Oktober nanti.

Manakala, majlis pihak lelaki akan diadakan di Kelantan pada tahun hadapan.

Tahniah kami ucapkan kepada Khalid dan Lee Seul!




Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: FB Muhamad Khalid Ismail

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*