Dalam bolasepak, kenapa kad-kad yang dilayangkan berwarna kuning dan merah?

Loading...

Sejarah macam mana wujudnya kad merah dan kuning seperti dikongsikan dari sumber asal, The Patriots  seperti di bawah

Kad merah dan kuning adalah elemen penting dalam permainan bolasepak.

Mari kita menyelusuri zaman untuk melihat sejarah penggunaan kad kuning dan merah dalam sukan bola sepak.

Kad merah dan kuning diperkenalkan pada Piala Dunia 1970 di Mexico.Namun begitu , inspirasi penggunaannya muncul ketika Piala Dunia 1962.

Ianya adalah ketika perlawanan menemukan pasukan tuan rumah, Chile dan Italy. Perlawanan tersebut direkod sebagai antara pergaduhan terburuk dalam sejarah Piala Dunia.

Pada masa itu, penggunaan kad sebagai amaran masih belum digunapakai. Amaran hanya sekadar arahan lisan dari pengadil. Betapa mudah atau sukar tugas pengadil pada masa itu, anda sendiri fikirkan!

Masalahnya timbuk apabila perlawanan yang diadili oleh Ken Aston, pengadil berbangsa Inggeris. Beliau tidak tahu berbahasa Latin atau Italy.

Dalam perlawanan tersebut, Aston gagal mengarahkan pemain Italy, Giorgio Ferrini yang melakukan terjahan keras untuk dibuang padang.

Tiada satu pun pemain di atas padang yang faham Bahasa Inggeris dan faham akan arahan Aston pada masa itu.

Perlawanan tersebut memaksa campur tangan pihak polis untuk menenangkan keadaan.

Sesudah perlawanan, Ken Aston terfikir untuk menggunakan kaedah komunikasi yang lebih universal.

Ketika dalam perjalanan balik ke rumah, Aston tertarik dengan konsep lampu isyarat di persimpangan jalan.

Maka tercetuslah idea penggunaan kad kuning dan merah.

Maka warna kuning dan merah itu diambil daripada warna lampu isyarat. Kuning bermakna amaran kepad pemain untuk bertenang. Manakala kad merah membawa makna pemain harus keluar dari padang permainan.

Idea warna kuning dan merah itu diusulkan kepada FIFA dan FIFA dalam kongres sebelum dilaksanakan pada Piala Dunia 1970.

Menariknya, walaupun FIFA telah menerima usul tersebut, penggunaan kad kuning dan merah hanya digunapakai dalam bola sepak Inggeris pada tahun 1976.

Baik, sekarang  semua tahu sejarah dan fungsi kad-kad tersebut. Kad kuning adalah amaran kepada pemain. Jika pemain terima dua kad kuning, kena keluar padang. Kalau kad merah, serta merta kena keluar padang.

Sekarang ini persoalan kedua pula.

Berapakah jumlah maksimum kad merah yang boleh dikeluarkan pengadil dalam satu-satu perlawanan?

 

Dalam peraturan permainan bolasepak terbaharu yang dikeluarkan oleh IFAB (International Federation Association Board), ada satu bahagian untuk peraturan bilangan minima setiap pasukan untuk membolehkan permainan diteruskan. Ia dipanggil Law 3- The Players

Dalam peraturan yang berkuatkuasa dari 1 Jun 2016, dinyatakan bahawa satu-satu perlawanan bolasepak itu tidak boleh dimulakan atau diteruskan jika bilangan pemain yang berada di atas padang adalah kurang dari 7 orang bagi mana-mana pasukan.

Berdasarkan maklumat di atas, cuba kira sendiri jumlah maksimum kad merah yang boleh pengadil keluarkan sebelum perlawanan dihentikan pasal tak cukup pemain.

 

sumber: dailycoffee

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*