“Gadis Yang Memandu Melawan Arus” Bebas tuduhan guna dadah

Loading...

Tertuduh hadir untuk sebutan semula kes di Makhkamah Seksyen Bukit Mertajam. Foto Tamdzan Masiam

sumber: http://www.hmetro.com.my/

MAHKAMAH Majistret Bukit Mertajam, hari ini melepas dan membebaskan Ng Pei Ven, 19, atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan ketika memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan dekat Permatang Pauh, 14 Mac lalu.

Majistret Jamaliah Abd Manap membuat keputusan itu selepas mendapati ujian saringan air kencing tertuduh negatif selepas diberitahu Timbalan Pendakwaraya Kamaliza Md Zin.

Jamaliah kemudiannya meminta wang jaminan sebanyak RM5,000 yang dikenakan dikembalikan.

Pada 17 Mac, Pei Ven mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil dadah jenis amphetamine sewaktu kejadian.

Mengikut pertuduhan, Pei Ven didakwa memasukkan dadah jenis amphetamine ke dalam badan namun tertuduh minta dibicarakan.

Bagi kesalahan itu dia dituduh di bawah seksyen 15 (1) (a)Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua iaitu memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli,36,mahkamah menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen.

Tertuduh diwakili peguam Parmjit Singh Mahinder.

Dalam kejadian 7.50 pagi 14 Mac lalu, tertuduh memandu melawan arus sejauh lima kilometer dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth.

Dia kemudian merempuh Perodua Kelisa dan menyebabkan kematian pemandunya Mohamad Fandi.

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*