Indonesia Bakal Bina Tugu Pontianak Di Tengah Bandar

sumber: http://hanasuva.com/

Di Singapura, negara tersebut terkenal dengan tugu Singa gergasi di tengah kota.

Di Kuching, Malaysia pula, terdapat tugu kucing yang menarik minat pelancong untuk datang ke sana.

Bagaimana pula jika sebuah tugu Kuntilanak dibina di Kota Pontianak, Indonesia?

Apa reaksi anda jika melihat tugu sebesar 100 meter berambut panjang, berbaju putih dengan wajah menyeramkan?

Baru-baru ini, pihak berkuasa Kalimantan Barat sedang merancang untuk mendirikan sebuah tugu atau patung hantu pontianak besar bagi menarik ramai pelancong.Menurut laporan akhbar Jakarta Globe, patung itu bakal ditempatkan di tengah-tengah pusat bandar.

Bagaimanapun, idea tersebut dikritik oleh sesetengah pihak, tetapi bagi lebih 500,000 penduduk Pontianak mereka memberikan sambutan yang hangat.

 

“Patung tersebut bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk penjaja makanan, kedai cenderamata dan juga pembantu letak kenderaan apabila ramai pelancong datang,” kata penduduk tempatan.

Dalam bahasa Indonesia, pontianak lazimnya disebut sebagai kuntilanak. Menurut legenda lama, sultan pertama di Pontianak, Syarif Abdur Rahman al-Habib Husein al-Qadri juga pernah diganggu oleh kuntilanak pada 1771 lalu.

sumber: http://www.thejakartapost.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*