KAFA tiada duit nak bayar – Annuar

 

KOTA BHARU: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa membidas pihak tertentu hanya tahu menghukum persatuan itu daripada memahami kemelut yang dihadapi badan induk itu serta skuad The Red Warriors (TRW) sebelum menyertai Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

 

Menerusi laman sosial Facebook malam tadi, Annuar menjelaskan beberapa perkara yang perlu diketahui termasuk isu penajaan pasukan pada musim 2016.

 

Katanya, ada antara penaja musim lalu tidak membayar wang penajaan mengikut belanjawan yang dipersetujui sekali gus menyebabkan berlaku tunggakan gaji pemain.

 

“Masih ramai yang tidak faham situasi KAFA. KAFA tidak macam pasukan lain yang diberi bajet setiap tahun untuk main bola. Mereka ada duit disediakan, KAFA tidak ada. “Apabila musim 2015/2016, ada penaja tidak bayar mengikut belanjawan yang dibuat (RM16 juta), maka berlaku defisit (ketidakcukupan dana tahun berkenaan). Ini menyebabkan KAFA terhutang dengan hampir semua pegawai dan pemain skuad 2015/2016,” katanya. Semalam, BH Sukan melaporkan Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam mesyuaratnya pada Khamis lalu mengarahkan KAFA menyelesaikan tunggakan gaji melebihi RM190,000 kepada empat pemain. KAFA perlu melangsaikan tunggakan gaji kepada Tuan Muhamad Faim Tuan Zainal Abidin, Mohd Khairul Izuan Rosli, Mohammad Faizal Abu Bakar dan Velizar Emilov Popov dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan diterima.

 

 

Mengulas perkara itu, Annuar berkata, ketika ini KAFA tidak mempunyai duit untuk melangsaikan hutang melainkan pemain berkenaan berunding dan bayaran akan dilakukan secara ansuran. “Tunggakan ini bukan pertikaian atau sesuatu yang KAFA tidak mahu bayar tetapi KAFA tidak ada wang dalam aliran tunai untuk bayar. “Tajaan 2017 tak cukup pun untuk pasukan dan skuad musim ini macam mana nak guna untuk bayar hutang musim 2015/2016. “Di sinilah sesetengah pemain tidak faham dan mereka bawa ke atas, …mereka boleh bawa dan mereka boleh dapatkan hukuman seperti KAFA dikehendaki bayar sekian sekian dalam tempoh 14 hari. “Isunya, bukan KAFA tak nak bayar, …kalau ada perintah dari langit sekalipun KAFA tidak ada duit untuk bayar,” katanya. Dalam pada itu,

 

 

Annuar berkata, sebahagian pemain pasukan TRW memahami masalah ini dan mereka turut mempunyai tunggakan lebih tinggi daripada Khairul Izuan dan Tuan Muhamad Faim. “Sebahagian besar pemain faham masalah ini dan mereka ada tunggakan jauh lebih banyak daripada Izuan Rosli atau Faim. “Tetapi mereka faham kedudukan sebenar dan sentiasa ‘Slow talk’ (berbincang) dengan KAFA. “Misalnya, Brendan Gan dia cerita baik-baik..(kerana) dia faham dia tidak perlu bawa ke atas kerana KAFA tidak pertikaikan tunggakan, cuma KAFA belum mampu dan KAFA tetap ambil tanggungjawab dan bukannya ‘write off’ (hapuskan) hutang itu,” katanya. ends

sumber: bharian

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*