KECOH! Nelydia Senrose Nak Kena Tangkap Di Sebabkan…

Image result for Nelydia Senrose

Image result for Nelydia Senrose

MAHKAMAH Majistret Shah Alam, hari ini, membatalkan waran tangkap terhadap artis, Nelydia Senrose yang sebelum ini gagal mengemukakan cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Majistret Sarulatha Paramavathar mengeluarkan perintah itu selepas Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen membayar semua tuntutan dikenakan terhadapnya.

Terdahulu, peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memohon mahkamah supaya kes berkenaan ditarik semula selepas artis terbabit membuat pembayaran cukai pendapatan.

Sebelum ini, LHDN mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon berusia 23 tahun itu selepas gagal menghadirkan diri bagi prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan.

Artis terbabit menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

LHDN memaklumkan, Nelydia gagal mengemukakan borang berkenaan bagi 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013, selain menghadapi satu lagi tuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Pada 11 April lalu, pihak LHDN menyerahkan saman kepada artis terbabit dan mengarahkannya menghadiri sesi sebutan kes bertarikh 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam namun dia ataupun wakilnya gagal menghadirkan diri ketika sebutan kes berlangsung.

 

sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*