Kereta Pertama Dalam Sejarah Yang Disaman Kerana Memandu Laju

Sumber: Harian Metro

Tahukah anda kereta pertama dalam sejarah yang disaman kerana memandu laju merupakan sebuah kereta jenis Arnold Benz.

Pemandu kereta tersebut disaman oleh seorang anggota polis yang menunggang basikal atas kesalahan memandu selaju 12 kilometer sejam di sekitar pinggir kota Kent, England.

Difahamkan, ketika itu had kelajuan yang dibenarkan hanyalah tiga kilometer sejam.

Pemandu kereta tersebut yang dikenali sebagai Walter Arnold didenda beberapa sen dan dipercayai ia merupakan kesalahan pertama di dunia kerana memandu laju.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*