Komen Bernas Mat Luthfi tentang Buku ’99 Kata-Kata Fattah Amin’ yang mesti and baca!

sumber: fb: Matluthfi90

Saya ingat isu buku Fattah Amin dan habis, tapi ada lagi yang tanya pendapat saya pasai benda ni. Saya cuba jawab.

Macamana buku 99 Kata-kata Qalif Moden boleh menang anugerah?

Buku ni menang anugerah buku popular, bukan anugerah buku paling sedap bahasanya, atau paling tinggi sasteranya, atau paling ilmiah isinya. Bukan bukan. Saya tak tau macamana perkiraan popular ini tapi kalau dah buku ni yang paling laris, atau paling tinggi vote, saya rasa logiklah buku ni menang anugerah buku popular.

Adakah ini menunjukkan bahawa kualiti buku yang dibaca rakyat Malaysia pada tahap yang teruk?
Saya tidak tahu. Tetapi kemenangan buku Fattah Amin ini tidak boleh dijadikan satu-satunya hujah untuk mengatakan sedemikian.

Sebab yang pertama, saya percaya ramai yang beli buku ini bukanlah untuk membaca sangat tapi sebagai tanda sokongan dan buah tangan selebriti yang mereka minat. Tiada salah pun benda ni.
Pointnya ialah, saya rasa tidaklah sesuai untuk menganggap pembeli-pembeli ini sebagai mewakili data golongan pembaca, sebab depa (technically speaking) membeli merchandise, bukan buku (in its traditional sense).

Sebab kedua, betulkah jumlah jualan buku ilmiah jauh lebih rendah daripada jumlah buku pop? Saya sendiri tidak pasti. Perlu verify benda ni.
Ketiga, adakah data bahan bacaan online seperti e-book, dan data audio book telah diambil kira? Sebabnya, para pembaca bukan sahaja membaca buku-buku fizikal, tetapi juga tulisan-tulisan melalui medium-medium lain.

Image may contain: one or more people and people sitting

Setelah semua ini diambil kira, barulah kita boleh judge kualiti buku yang dibaca rakyat Malaysia. Saya sedar akan laporan bahawa purata buku yang dibaca di Malaysia rendah, tetapi fokus posting ini adalah tentang kualiti buku, bukannya tentang kadar/jumlah buku yang dibaca.
Kepada yang masih nak marah-marah Fattah Amin sebab dia telah mencemarkan industri buku, atau telah menang anugerah yang dia tak layak dapat, atau hampa memang meluat muka Fattah sejak azali, di sini terdapat dua cadangan yang boleh dipertimbangkan.

Pertamanya, hang pi berkempen satu Malaysia supaya orang ramai baca buku-buku yang bagus, yang berfakta, yang ilmiah, yang akademik, yang ada footnote. Bersepah-sepah buku-buku ni dekat Malaysia.
Cadangan kedua, kalau hang malas nak berkempen, ataupun kalau tak ada sapa-sapa nak dengaq cakap hang, hang sendiri boleh pi borong buku-buku bagus bermanfaat ni supaya sales buku-buku ni tinggi melambung, melangkaui sales buku Fattah Amin, seterusnya memenangi anugerah buku paling popular dan meletops, seraya melenyapkan buku-buku yang hang tak suka dan meluat daripada masuk dalam timeline hang.

Kalau hang baca buku pun malas, beli buku haram habuk satu pun tarak, hanya tau bising saja dekat media sosial; jauh lagi baguih la peminat Fattah Amin daripada hang.

Matluthfi
Penulis Catatan Matluthfi, Momen² Matluthfi, Kisah 25 Filsuf Barat, dan Alegori Rumah Api.
(Pun pernah menang anugerah buku).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*