Nombor Telefon 18888888888 Cipta Rekod Nombor Paling Mahal Pernah Dijual Dengan Harga RM75.77 Juta

sumber: sinar fm

Nombor telefon ‘18888888888” merupakan nombor telefon yang paling mahal pernah dijual pada harga 120 juta yuan atau 75.77 juta.

Dari laporan XinHuaNet, angka lapan bererti makmur dan dianggap nombor yang membawa kepada tuah dan kekayaan. Nombor telefon yang dijual pada harga sangat tinggi itu tidak termasuk telefon, dan caj data.

Nombor telefon itu didaftarkan dengan menggunakan sebuah nama syarikat tetapi tidak diketahui siapa yang menggunakannya.

Pengguna telefon di negara itu tidak kisah membelanjakan wang dengan jumlah yang besar demi mendapatkan nombor telefon idaman mereka . Antara nombor telefon yang sangat mahal ialah nombor telefon dengan angka berulang, nombor yang mempunyai banyak angka seperti 6 atau 8 serta nombor yang mempunyai maksud khas seperti tarikh lahir.

Wang hasil lelongan tersebut akan didermakan kepada badan kebajikan.

Sumber dari kakishare.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*