Setelah 18 Bulan Pakai Loket Yang Diberikan Lelaki. Gadis Ini TERKEJUT Apabila Mengetahui Apa Yang Ada Dalamnya !!!

Merancang sesuatu yang unik, seperti lamaran yang penuh bermakna bukanlah satu tugas yang mudah buat lelaki. Tetapi Terry, dari Australia, melangkah lebih jauh daripada kebanyakan lelaki, apabila beliau melamar gadis pilihannya dengan cincin yang telah dikalungkan tanpa sedar dileher teman wanitanya selama 18 bulan.

 

 

 

 

Seorang tukang kayu telah menyembunyikan sebentuk cincin berlian di dalam kayu yang dijadikan rantai. Terry mereka sebuah loket kayu yang diperbuat daripada kayu pain Tasmanian dan menghadiahkanya kepada Anna sempena genap setahun hubungan mereka.

Pasangan itu, yang kedua-duanya berusia dalam  awal 30an, kemudian menghabiskan setengah tahun bersama-sama sebelum beliau memutuskan untuk melamar kekasihnya itu.

 

 

 

 

 

 

Gambar romantis dan cerita pasangan ini telah dimuat naik di YouTube dan telah dilawati oleh lebih daripada satu juta views

‘Saya mengambil kalung itu dari poket saya, berlutut, memecahkannya dan mendedahkan bahawa ada sesuatu yang tersembunyi di dalamnya selama ini’

Terry memberitahu MailOnline: “Saya suka memberi hadiah kepada seseorang yang mana mereka tidak tahu nilai sebenar hadiah itu. ‘

Apabila Terry membuka kalung itu, beliau menjelaskan bagaimana Anna terkejut dan segera berkata ‘ya’, sebelum memarahinya: “Saya mungkin hilangkannya’ Beliau berseloroh bahawa reaksi beliau adalah campuran ‘gembira’ dan ‘marah’.

 

 

 

 

Anna telah memakai kalung yang seolah-olah tidak berharga setiap hari; melakukan kerja-kerja, pergi membeli-belah dan menaiki kapal terbang, jadi ia berkemungkinan akan jatuh.

Terry berkata: ‘Waktu yang tersangat panik adalah apabila kami melalui keselamatan lapangan terbang buat kali pertama.

‘Saya tidak berfikir langsung dia mungkin akan diminta untuk meletakkan rantai itu melalui X-ray, ianya mungkin bertukar menjadi lamaran di tempat keselamatan lapangan terbang!’

Pasangan ini, yang menikmati percutian romantis di Scotland akan berkahwin tidak lama lagi.

 

Sumber:-citehavoc / DailyMail via eksidenz

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*