FOTO KANAK-KANAK NAIK ATAS ULAR RAKSASA INI MENDAPAT PERLBAGAI REAKSI NETIZEN

Loading...

Dilaporkan oleh Mirror, dipercayai bahawa foto itu asli dan ular sawa berkenaan adalah haiwan peliharaan keluarga dari Vietnam. Menurut An Nguyen, salah seorang ahli keluarga, mengatakan bahawa ular itu kini berusia tiga tahun dan mempunyai panjang 7 meter dan beratnya 80 kg.

Dia berkata bahawa ular sawa itu sangat jinak kerana ia dipelihara dari kecil. Oleh itu, dia tidak bimbang kanak-kanak itu naik di belakang ular sawa tersebut.

“Dia ular jinak, kami telah memelihara ular sawa itu sebagai haiwan peliharaan sejak empat tahun lalu,” kata Nguyen.

(Foto: Mirror)
Tidak takut, malah kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai bernama Truong kelihatan gembira apabila dia dapat naik di belakang ular sawa tersebut seperti kuda.

Pada mulanya ramai netizen yang menganggap bahawa foto tersebut hanya hasil penyuntingan. Tetapi keluarga itu membuktikan bahawa foto itu asli dengan memuat naik video.

Dalam video itu kelihatan ular sawa itu dikeluarkan dari sangkarnya kerana banjir di tempat tinggalnya. Kemudian anak kecil itu datang dan mula naik di belakang ular sawa itu dengan reaksi muka yang agak gembira

Foto seorang kanak-kanak lelaki yang naik ke belakang ular sewa gergasi menjadi tular selepas ia dimuatnaik ke internet.

SUMBER

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*