Kajian: Menghidu Bau Kentut Suami Atau Isteri Baik Untuk Kesihatan!

Loading...

 

 

pastinya anda tidak percaya apa yang sedang anda baca ini bukan? Tiada siapa yang sengaja ingin membau kentut siapa-siapa pun di dalam dunia.

Ramai orang menganggap kentut adalah kotor dan mungkin juga menjijikan. Walau bagaimanapun, seorang pakar dari Universiti Exeter mengatakan yang sebaliknya.

Dr. Mark Wood menyatakan bahawa hidrogen sulfida, ataupun ‘hydrogen sulphide’ yang terdapat pada gas telur basi dan gas kentut mungkin dapat menjadi penyelesaian masalah kesihatan pada masa akan datang.

Hidrogen sulfida mungkin berbau busuk, tetapi ia mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat buat kesihatan. Antaranya termasuk juga merendahkan risiko mengalami penyakit kronik seperti kanser, serangan jantung, strok, mengurangkan risiko mengalami artritis, demensia dan juga dapat mengurangkan penggunaan mitokondria yang membekalkan tenaga kepada saluran darah, mengurangkan risiko keradangan.

Image result for Menghidu Bau Kentut Suami Atau Isteri Baik Untuk Kesihatan

 

Profesor Matt Whiteman dari Universiti Exeter menyatakan bahawa sel-sel yang mengalami tekanan menyerap masuk enzim untuk membuat hidrogen sulfida yang membuat mitokondria berfungsi untuk bekalkan tenaga pada sel. Jika tidak, sel-sel tersebut akan mati, meningkatkan risiko keradangan.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Profesor Whiteman menyatakan bahawa mereka telah mencipta sesuatu yang dinamakan AP39. AP39 membuat badan manusia menghasilkan dan mengekalkan jumlah hidrgoen sulfida yang sesuai untuk mitokondria dalam sel-sel pada badan kita.

sumber: taikotai

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*