(MAKIN PANAS) Afifah Nasir Akhirnya Keluarkan Satu ‘statement ‘ Yang Telah Naikkan Kemarahan Netizen!!

Loading...

 

 

Kelmarin kecoh apabila isteri kepada penyanyi Singapura Aliff Aziz, Bella mengadu dipukul oleh suaminya selepas mendapati lelaki berkenaan bersama seorang wanita sedang berhibur di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada Khamis yang lalu. Berita berkenaan mengundang kemarahan netizen apatah lagi melihat wanita berkenaan yang sedang dalam keadaan berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka.

Sumber IG Aliff Aziz

Siapa yang tidak mahu tahu siapa wanita berkenaan bukan?

Kecoh apabila adik kepada pelakon Alzalna Nasir, Afifah Nasir telah didakwa merupakan wanita yang berpimpinan tangan bersama Aliff Aziz di dalam video kamera litar tutup yang tersebar di laman Facebook kelmarin.

Ekoran isu berkenaan, ruangan instagram dan Facebook yang dipercayai milik pelakon itu telah dihujani komen-komen buruk daripada netizen. Walau bagaimanapun artis muda itu dilihat sangat tenang dan membiarkan komen-komen panas berkenaan berlegar-legar di laman Facebooknya.

Afifah hanya dilihat memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan dirinya sedang tenang menghadapi isu berkenaan.

Walau bagaimanapun pelakon baru ini tidak berdiam diri terlalu lama kerana Afifah telah mengeluarkan kenyataannya berhubung isu berkenaan beberapa jam yang lalu.

“Tiada apa yang perlu saya jelaskan mengenai hal ini, terutamanya apabila perempuan itu mula meroyan dan cuba untuk buat drama demi untuk mendapatkan perhatian..”

Entri berkenaan yang memperoleh hampir 2.8K likes dan 1.5K perkongsian telah dikecam oleh netizen. Kebanyakan netizen mengutuk dan menghina pelakon ini kerana cuba untuk meruntuhkan kebahagiaan rumah tangga orang lain.

 

Kakaknya, Anzalna Nasir turut dikecam kerana menyokong perbuatan adiknya yang bermesra dengan suami orang.

Sumber Facebook Afifah Nasir

credit: kisah dunia

 

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*