‘Puaka Peruntuh Rumah Tangga’ Atau ‘Orang Ketiga’ Boleh Dihukum Penjara 2 Tahun

Loading...

Muka depan akhbar Harian Metro kelmarin dengan tajuk ‘Jenayah Orang Ketiga’ menarik penulis untuk berkongsi info mengenai hal ini. Kisah-kisah mengenai wanita lain yang menjadi  punca penyebab rumah tangga sememangnya isu hangat di laman Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’.

Tahukah anda bahawa mana-mana individu yang mengganggu rumah tangga pasangan lain boleh dikenakan denda RM3,000, atau penjara dua tahun, atau kedua-dua sekali. 

Orang ketiga yang menganggu rumah tangga akan dikenakan hukuman di atas jika tersabit kesalahan kerana kesalahan ini termaktub sebagai salah satu jenayah syariah.

Jika individu mengalami masalah ini, anda boleh menyimpan bukti gangguan seperti pesanan ringkas (SMS), pesanan gambar melalui telefon bimbit atau mana-mana perbualan di laman sosial kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. 

Selain mengganggu rumah tangga, individu yang menghasut suami atau isteri orang untuk bercerai dan mengabaikan kewajipan juga boleh dikenakan hukuman. Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan undang-undang berkenaan boleh dilihat di Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Pahang

 

sumber: kisahdunia

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*