Video Abang Askar Menyanyi Beatbox Dalam Hutan Mendapat Lebih 50,000 Tontonan

Video Abang Askar Menyanyi Beatbox Dalam Hutan Tular

Video Abang Askar Menyanyi Beatbox Dalam Hutan Tular

sumber: https://www.astrogempak.com.my

Sering melihat abang-abang askar dalam uniform sedang bertugas, namun anda pasti jarang melihat mereka beristirehat sambil menghiburkan diri sesama mereka.

Dua potong video berdurasi 2 minit yang memaparkan aksi lima orang anggota badan beruniform dari Indonesia itu sedang menyanyi dalam versi acapella dan beatbox telah tular di media sosial sejak minggu lalu.

Menerusi akaun Instagram milik Komando Daerah II/Sriwijaya, @penerangan_kodam2sriwijaya sekumpulan askar dirakamkan sedang asyik menyanyi diselangi kemahiran rap.

Lagu itu dipercayai dicipta sendiri oleh mereka dan diberi judul Prajurit Infanteri.

Hasilnya, kedua-dua video itu mendapat perhatian dan pujian daripada netizen yang menyifatkan mereka mempunyai bakat luar biasa.

Kedua-dua video ditonton lebih 50,000 pengunjung Instagram dan mendapat lebih 300 komen.

Jom layan video-video mereka.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*