5 Cara Mudah Untuk Buat Faraj Isteri Basah Tanpa Bersetubuh

Loading...

 

 

Kenapa begitu penting untuk membuat faraj isteri basah ketika hubungan seks?

Faraj yang basah memainkan peranan yang penting ketika bersetubuh. Faraj yang kering akan membuat isteri berasa sakit atau ngilu.

Malah faraj yang kering juga adalah antara punca utama yang membuatkan wanita gagal puas dan klimaks dalam hubungan seks.

Selain daripada membuat isteri anda sakit, dan gagal klimaks, salah satu implikasi lubang faraj kering ketika bersetubuh adalah kesan melecet dan melepuh pada lubang faraj isteri. Ouch!

Oleh itu untuk menikmati hubungan seks yang penuh nikmat, dan sekaligus membuat isteri anda puas sepenuhnya, anda harus pastikan faraj isteri anda benar-benar basah sebelum anda mula mendayung.
Cara Buat Faraj Isteri Basah Tanpa Bersetubuh
Terdapat beberapa teknik yang boleh anda lakukan dalam hubungan seks untuk membuat faraj isteri basah sepenuhnya.

Cara terbaik ialah memanjangkan tempoh foreplay, atau lakukan foreplay dengan teknik yang betul.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa tip dan teknik di luar persetubuhan yang boleh membantu membuat faraj isteri basah dan menjanjikan hubungan seks yang lebih nikmat.

Anda boleh membantu isteri anda membuat faraj beliau lebih basah secara semula jadi dengan tip-tip berikut:
1.Banyakkan Minum Air

Faraj kering selalunya disebabkan oleh kurangnya cairan dalam badan wanita. Oleh itu galakkan isteri anda untuk minum lebih banyak air setiap hari, bukan sahaja ketika ingin bersetubuh.
Seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan, minum antara 8 hingga 10 gelas air sehari. Kurangkan juga pengambilan minuman yang tinggi kafein seperti kopi dan teh.

2.Omega 3

Asid lemak seperti Omega 3 adalah antara ramuan yang boleh mengurangkan faraj kering dan membuat faraj lebih basah. Antara sumber utama asid lemak adalah seperti ikan salmon, ikan tuna, dan juga Vitamin A, B dan Beta Carotene.
Anda boleh mendapatkan Omega 3 sebagai makanan tambahan untuk membantu buat faraj isteri basah.

3.Pembersih Wanita Semulajadi
Beli kan pembersih wanita semula jadi sebagai hadiah kepada isteri. Elakkan isteri anda dari menggunakan pembersih wanita yang berasid atau beralkali.

4.Minyak Zaitun

Minyak zaitun telah digunakan sejak zaman dahulu kala sebagai bahan untuk melembapkan faraj. Gosokkan satu sudu minyak zaitun pada faraj setiap kali selepas mandi. Amalkan dua kali sehari, iaitu pagi dan malam.
Bukan sahaja faraj isteri anda akan mudah basah, malah faraj isteri lebih lembut dan gebu dengan khasiat minyak zaitun.

5.Foreplay Untuk Pastikan Faraj Isteri Basah Ketika Bersetubuh

Tip di atas adalah antara cara untuk membuat faraj isteri basah tanpa bersetubuh.
Walaupun tip-tip di atas boleh membantu, cara terbaik untuk membuat faraj isteri anda lebih basah dan bersedia adalah ketika hubungan seks.
Cara terbaik untuk membuat isteri anda bersedia dan memastikan faraj beliau benar-benar basah ketika seks adalah dengan memanjangkan proses foreplay, dan melakukan foreplay dengan teknik yang betul.

Jika anda telah membaca artikel-artikel saya sebelum ini tentang kepentingan teknik foreplay, anda pasti tahu bagaimana teknik foreplay yang betul memainkan peranan yang sangat penting untuk memuaskan isteri anda di ranjang.
Permainan foreplay yang betul bukan sahaja boleh membuat faraj isteri basah sepenuhnya, tetapi juga akan memastikan isteri anda benar-benar bersedia untuk orgasme sehingga pancut.

Kaedah Untuk Mengetahui Wanita Telah Keluar Air Maninya

 

 

Cara Mengetahui Wanita Sudah Keluar Air Mani|ramai suami isteri pada masa kini tidak mengetahui sama ada air mani isteri mereka sudah keluar ataupun tidak semasa bersetubuh. Bagaimanakah rupa air mani perempuan?

Bagaimana hendak memastikan dan mengetahui air mani isteri telah keluar?
Soalan

Tuan, saya ingin dapatkan kepastian tentang mani perempuan. Sepertimana yang diketahui, apabila keluar mani lelaki atau perempuan mereka wajib mandi hadas biarpun tanpa persetubuhan.

Walau bagaimanapun, sepanjang perhubungan saya suami isteri, kami belum dapat kenal pasti bagaimanakah rupa mani perempuan.

Oleh itu sukar untuk ditentukan sama ada isteri saya wajib mandi atau tidak apabila ia telah mendapat kepuasan melalui istimta’ tanpa bersetubuh tetapi keadaannya umpama orang kepuasan setelah disetubuhi.

Adakah mani perempuan sama seperti mani lelaki dan apakah tanda-tanda seseorang perempuan itu telah keluar mani?

Adakah wajib mandi apabila seseorang perempuan itu telah kepuasan seks melalui hubungan istimta’ sahaja tanpa disetubuhi dan tiada tanda-tanda ia telah keluar mani?

Harap tuan dapat jelaskan dengan terperinci. Terima kasih.

Jawapan

Keluar mani dengan apa cara sekalipun sedikit atau banyak, warna biasa atau warna darah dalam keadaan jaga atau tidur, dengan syahwat atau tidak kecuali mani jimak yang keluar semula dari faraj wanita selepas mandi junub, ia tidak wajib mengulangi mandi lagi jika keluarnya tidak dengan syahwat.

Mani ini dapat diketahui dengan memancut keluar atau dengan merasa lazat, atau berbau tepung ketika ia masih basah atau berbau putih telur ketika keringnya sekalipun keluarnya tiada memancut.

Mani wanita sama juga, kadang-kadang tiada dapat diketahui melainkan dengan merasa lazat sahaja ketika keluarnya.

Imam Ahmad dan Nasa’i meriwayatkan: “Khaulah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wanita yang bermimpi seperti yang dialami oleh lelaki. Nabi menjawab: ‘Dia tidak wajib mandi sehingga ia keluar mani seperti juga lelaki juga tidak wajib mandi apabila ia tidak keluar mani ‘. “.

Oleh kerana biasanya keluar mani wanita sukar untuk dikesan, maka memadailah dengan merasakan lazat dan kenikmatan atau kepuasan itu membuktikan bahawa wanitanya telah keluar mani.

Jika demikian maka perlulah ia mengerjakan mandi wajib.

Dengan demikian lebih selamat dan terhindar dari was-was.

 

 

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*