Akhirnya…Proton bakal perkenalkan kereta terbang yang pertama!

Loading...

 

 

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong mendedahkan bahawa syarikat berkenaan bakal memperkenalkan tiga model kereta canggih di pasaran Malaysia.

Masihkah anda ingat dahulu semasa kecil kita sering disajikan dengan tontonan filem futuristik yang memaparkan kenderaan terbang, penggunaan robot secara meluas dan macam-macam lagi?

 

Nampaknya, mimpi bakal menjadi kenyataan apabila Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) sedang merancang untuk mengeluarkan tiga model kenderaan yang serba canggih dan berteknologi tinggi menjelang tahun 2019.

Dipetik dari China Press, Li Chunrong berkata tiga model kenderaan yang akan Proton lancarkan adalah kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta terbang yang pertama!

Tambah beliau lagi, selain daripada Proton Boyue SUV yang dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun hadapan, Proton turut akan menaik taraf dan melakukan pengubahsuaian pada lapan model sedia ada bagi meningkatkan daya saing Proton.

 

Malah, beliau turut mencadang untuk melakukan penukaran nama Proton di dalam bahasa Cina. Menurutnya, orang China menterjemah Proton sebagai ‘Bao Teng’ yang membawa maksud khazanah atau harta benda tetapi rakyat Malaysia menyebut ‘Pu Teng’ yang merujuk kepada biasa.

Katanya, rakyat Malaysia perlu berbangga dengan Proton yang mempunyai kegemilangan sejarah selain menjadi tamadun perindustrian Malaysia selepas pengambilalihan Lotus pada tahun 1996.

Sehingga bulan lepas, bahagian pasaran Proton sudah stabil di tahap 13 peratus dan dikatakan lebih baik berbanding tahun lalu.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengeluarkan kenyataan mengenai penjualan sahamnya dalam Proton sebanyak 49.9% kepada sebuah syarikat automotif gergasi di China yang sebelum ini pernah mengambil alih Volvo dari Sweden iaitu Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

 

Berikutan urusniaga berkenaan, Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus daripada Proton pada harga sekitar RM277.85 juta. Baki 49% lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.

Semenjak menerajui Proton pada 1 Oktober lalu, Li telah menyenaraikan empat jenis tuntutan kepada semua kakitangan syarikatnya.

“Pertama adalah saling menghormati, bertolak ansur dan integrasi demi mengejar kecemerlangan perniagaan, kedua ialah profesionalisme dan kejujuran, ketiga ialah ketelusan pengurusan dan keempat adalah mematuhi peraturan”.

Di samping itu, beliau turut berharap agar Proton dapat mempertingkatkan tahap perkhidmatannya.

“Walaupun kualiti kereta Proton amat baik, tetapi kualiti perkhidmatan termasuk indeks kepuasan jualan (SSI) dan indeks khidmat pelanggan (CSI) sangat teruk, paling teruk di seluruh negara, saya tidak pernah nampak seteruk ini”.

“Kami juga akan memberi komisen tertinggi di negara ini iaitu 1% hingga 1.3% komisen jualan kereta bagi tiga tahun pertama. Ketika ini, hanya dua syarikat mempunyai dasar sedemikian di Malaysia tetapi kemampuan mereka tidak setanding kami,” jelas Li.

Nampaknya Proton sedang berusaha untuk mengembalikan zaman kegemilangannya. Apa-apa pun, kereta terbang itu pasti akan ditunggu-tunggu oleh semua orang di dunia!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

sumber: erabaru

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*