‘If You Want Attention Dato, I’ll Give You Some’- Dikritik Chef Wan Lagi, Ini Respon Nabil Ahmad Yg Boleh Buat Chef Wan Sentap!

nabil dan jihan terasa hati dengan tegurannya ini respon chef wan 1
Loading...

 

 

Program Gegar Vaganza sering kali terpalit dengan isu kontroversi terutamanya melibatkan para peserta serta juri dan kerana itu jugalah rancangan ini sering mendapat perhatian para penonton. Lain pula ceritanya pada musim ini apabila kontroversi sering melanda pengacara program tersebut iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Musa. Nampaknya isu Dato’ Prof. Chef Wan dan Nabil ini masih belum berkesudahan.

Terbaru, Chef Wan sekali lagi secara terbuka mengkritik mutu pengacaraan Nabil pada konsert minggu ke-4 yang berlangsung semalam. Beliau berkata Nabil perlu belajar untuk senyap dan jangan menyampuk dengan perkara yang menyakitkan hati ketika juri melontarkan pandangan. Lantaran itu, Nabil telah memuat naik satu video yang ditujukan khas kepada Chef Wan  di laman Instagram untuk membalas kenyataan beliau.

Buka ruang masyarakat hina saya


Nabil ternyata kurang senang dengan cara Chef Wan melontarkan kritikan kerana baginya tindakan Chef Wan tersebut seolah-olah sengaja membuka ruang kepada masyarakat untuk menghina dan mencaci dirinya.  Nabil turut berkata GegarVaganza sudah pun memasuki musim ke-4 dan konsepnya masih sama. Oleh itu, gunakanlah ruang atau platform yang betul untuk melontarkan pandangan.

Terima kasih diatas komen tersebut

 

 

Dalam pada itu, Nabil turut berterima kasih kepada Chef Wan diatas nasihat yang berguna itu dan dia berusaha akan mengubah mutu pengacaraannya pada masa akan datang. Nabil juga berterima kasih kepada para peminat GV4 yang tidak putus-putus menyokong beliau dari musim pertama hinggalah sekarang.

Harap kes ini boleh diselesaikan dengan baik lah!

Sumber: Nabil Ahmad, Telur goyang

via  http://ohbulan.com

Artikal sebelum Ini…

 

Nabil Dan Jihan Terasa Hati Dengan Tegurannya, Ini Respon Chef Wan

nabil dan jihan terasa hati dengan tegurannya ini respon chef wan 1
Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza & BH Online

Chef selebriti Datuk Chef Wan memohon maaf selepas mendapat tahu hos Gegar Vaganza (GV4), Nabil Ahmad dan Jihan Muse berkecil hati dengan tegurannya.

Chef Wan menegaskan dia tidak berniat untuk menghangatkan lagi isu gaya pengacaraan pasangan hos itu yang seringkali mengundang kritikan netizen.

“Isu gaya pengacaraan mereka itu bukanlah sesuatu yang baru dan saya tidak berniat memanaskan lagi keadaan.

“Saya tegur secara baik. Bila di rumah kita buat silap, mak dan bapa kita akan tegur mahu pun guru di sekolah.

“Tolong ambil kritikan itu sebagai sesuatu yang membina untuk anda berdua tingkatkan lagi mutu pengacaraan di masa hadapan,” luah Chef Wan.

Kenyataan itu dibuat menerusi laman Instagramnya mengulas komen beliau sebelum ini yang tidak berpuas hati dengan cara dua hos itu mengemudi konsert pertama GV4, ketika dia diundang sebagai juri.

 

nabil dan jihan terasa hati dengan tegurannya ini respon chef wan 2

Kredit foto: Instagram Chef Wan

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia terlebih dahulu dinasihatkan Ramli MS supaya membuat teguran kepada pasangan pengacara ini pada malam konsert berkenaan, namun dia membatalkan hasrat itu kerana enggan merosakkan acara.

“Dato Ramli malam itu nasihatkan saya ‘Tolong Chef Wan tegur mereka jika mereka keterlaluan’.

“Saya pula tak nak keruhkan suasana malam itu kerana kita di sana untuk bergembira dan berhibur. Nanti tegur, jatuh pula air muka mereka,” tulisnya.

Namun chef berusia 59 tahun itu tetap mempertahankan apa yang diutarakannya sebelum ini.

“Menjadi juri baru dalam program itu, saya juga nampak semua contoh-contoh kurang baik cara orang muda bertutur kepada orang yang lebih tua.

“Ini tentu sekali tidak bagus untuk anak-anak muda yang menonton.

“Dahlah negara kita kebelakangan ini banyak isu anak-anak yang kurang ajar dengan para guru di sekolah termasuk ibu bapa mereka.

“Sikap sebegini memang tidak boleh diterima langsung!” cetusnya.

Di kesempatan itu, beliau meminta maaf sekiranya apa yang dinasihatkan menyinggung perasaan dua hos muda itu.

“Baik apa pun jika kedua mereka berasa hati saya memohon maaf lah disini,” akhirinya.

sumber: iluminasi

 

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*