Ika Nabella Mohon Maaf Isu Cium Suami

Loading...

 

 

PELAKON Ika Nabella memohon maaf kepada segelintir pihak yang tidak senang melihat video boomerang dia dan suami yang seakan bercium mulut.

Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 28, berkata ciuman tersebut bukanlah dirancang tetapi berlaku secara tidak sengaja.

“Saya minta maaf kepada mana-mana pihak yang tidak selesa atau rasa geli dengan video tersebut.

“Kalau anda lihat betul-betul saya bukan cium mulut dengan suami. Malah, kami tidak merancang untuk melakukannya.
“Ia berlaku secara tidak sengaja. Suami nak cium pipi tapi saya toleh terkena bibir. Malah, saya tergelak sebab rasa kelakar,” kata Ika ketika dihubungi mStar Online.
Ika belum ada merancang untuk memadam video tersebut buat masa ini.

Ika diminta mengulas video boomerang yang dimuat naik di Instagramnya pada Ahad mendapat perhatian netizen dan menjadi tular di laman sosial.

 

Menurut Ika lagi, dia tidak menyangka video tersebut menjadi tular sehingga ada yang rasa tidak senang melihatnya.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang memahami situasi tersebut dan berasa hairan perkara tersebut boleh menjadi isu.

“Saya tak sangka video itu boleh jadi tular. Sebab saya kongsi sebab rasakan benda itu kelakar.

“Nasib baik ada juga sesetengah orang yang faham situasi itu dan mereka juga pelik kenapa nak diperbesarkan perkara tersebut,” ujarnya.

Ika dan suami, Muhammad Zaid, 30 mengikat tali pertunangan pada 14 Mei 2016 sebelum berkahwin pada 30 Julai 2016 di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, bekas bintang program realiti Akademi Fantasia 6 ini baru sahaja selesai penggambaran filem Awang Gerudi yang akan ditayangkan pada tahun depan.
sumber: mstar

 

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*