Kisah Benar Berlaku : Kawan Durjana menjadi batu api dalam kawan-kawan baiknya sendiri bermula dengan fitnah lama-lama pergi ke Wat Siam untuk sihir kawannya

Loading...

 

 

Assalamualikum dan salam sejahtera. Saya ingin kongsikan pengalaman peristiwa hitam rakan-rakan yang disihir oleh rakan kami sendiri.

Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2013 sehingga awal tahun 2014 dimana ketika itu kami bakal graduasi pada November 2014 ketika itu. Peristiwa ini berpunca ‘pergaduhan mulut’ sehingga melarat disihir walaupun mereka pernah bergelar ‘BFF’. Ok saya namakan mereka dalam kisah ini sebagai Azmir, Acap, Yon, Aspat dan Ann (bukan nama sebenar).

Kami merupakan pelajar UUM ketika itu. Mereka ini punyalah kawan baik sampai boleh dikira bloodbrother la saling tolong menolong, bermain sukan, bergerak ke mana-mana secara berkumpulan dan banyak kuliah yang sama. Namun konflik mula berlaku apabila hasad dengki mula menghuni hati Azmir. Azmir mula rasa terancam apabila Yon popular dalam kalangan budak sukan mahupun dalam coursemate dan si Azmir nie dengki apabila melihat rakan-rakan lain asyik memuji Yon.

Bermula dengan menyebar fitnah, Azmir menjadi batu api dalam kawan-kawan baiknya sendiri. Azmir membuat cerita kepada Yon dan Acap kononnya si Aspat dan Ann nie sudah tidak mahu berkawan kerana mereka tidak pandai, manakala di pihak Aspat dan Ann, Azmir reka cerita yang Yon dan Acap tidak mahu kawan mereka kerana mereka berdua tidak popular.

Namun begitu Allah Maha Adil, keempat-empat mereka bertemu untuk satu assignment dan mereka berterus-terang adakah betul apa yang didakwa oleh Azmir ini. Masing-masing terkejut dan bersumpah mereka tidak pernah ada niat begitu seperti yang didakwa oleh Azmir.

Pada malam keesokkannya, Acap, Aspat dan Ann mengajak Yon untuk bersemuka Azmir di biliknya namun Yon menolak untuk sertai mereka kerana mahu menyiapkan slide presentation di Kachi Mall ketika itu. Maka berangkatlah 3 serangkai tersebut pergi menyerang Azmir di biliknya.

Ketika itu Azmir sedang demam, dia tak mampu membalas soalan bertalu-talu oleh ketiga-tiga orang tersebut sampaikan mata si Azmir berair. Selepas adegan serangan tersebut, ketiga-tiga rakan tersebut pergi melepak ke bilik Yon walaupun ketika itu Yon masih di Kachi Mall.

Pada masa yang sama, Yon menerima Whatsapp dari Azmir yang dia mahu berjumpa di bilik Yon. Sampai di bilik, Acap, Aspat dan Ann ceritalah pasal kejadian tadi namun tiba-tiba muncul Azmir bersama rakan barunya Rahim dan Kamal. Azmir yang tengah demam ketika itu menyoal setiap seorang “lanie hangpa tak puas hati kat aku hangpa cakap ! Aku nak dengar setiap sorang-sorang daripada mulut hangpa semua !”. Yang si Yon memang blur la sebab dia memang tak terlibat masa kejadian sebelum itu.

Mereka sangka semua dah settle rupa-rupanya tidak, beberapa hari kemudian Yon, Aspat dan Ann menerima surat layang daripada Azmir (si Acap tak terima surat sebab Acap nie paling garang dalam geng 2). Surat tersebut siap type dengan komputer dan print lagi.

Azmir nie punyalah gigih karang panjang-panjang surat tulis satu persatu apa kesalahan mereka kat dia, dan perangai mereka masing-masing. Selepas itu, Azmir ajak Yon berjumpa di court badminton malam itu juga. Masa berjumpa tersebut Azmir nie kata yang dia kecewa dengan Yon sebab tak back-up dia dan jadi penghasut kepada 3 rakan yang lain untuk menyerang dia.

Yon memang tidak mengakulah sebab memang dia tak buat dan dia sendiri yang pujuk supaya Acap,Ann dan Aspat jangan serang Azmir malam tersebut. Ayat last Azmir malam itu “ok takpa hang taw la apa nak jadi lepas nie”.

Ok semasa mereka tengah BFF dahulu, mereka pernah pergi tidur di rumah Azmir. Ketika tidur di bilik Azmir beramai-ramai, mereka kena kacau dengan makhluk halus sehingga si Aspat dan Ann tidur bersebelahan hantu bungkus.

Ketika itulah mereka tahu yang si Azmir nie pandai dalam bab-bab ilmu mistik nie. Azmir pernah mengaku yang dia perolehi ilmu nie dari orang tua dia sendiri dan dia pernah bagi penunduk kepada ex-gf dia ketika mereka tengah bergaduh. Sejak dia membuat pengakuan tersebut, mereka berjaga-jaga dengan Azmir sebab takut Azmir nie buat benda yang sama kepada mereka.

Nak jadikan cerita, perkara yang selama ini yang mereka risaukan menimpa ke atas mereka. Bermula dengan Aspat, dia menerima banyak gangguan sehingga ternampak ‘benda’ 2. Yang Acap pula time kena 2 dia sudah bertunang dah. Tapi Acap dan tunangnya sering kali bergaduh dan jarang contact seperti dulu.

Pernah satu ketika Acap pernah kata “aku kalau putus tunang pun tak kisah la dengan keadaan sekarang nie”. Kami terkejut dengan statement Acap sebab Acap yang kami kenal, dia begitu sayangkan tunang dia 2. Yang Ann pula dia cuma mengalami mimpi pelik iaitu bergelumang dengan najis dan dikejar oleh Azmir. Jelas Ann lagi, Azmir kejar dia macam nak bunuh dia dalam mimpi tersebut.

Yang peliknya Ann alami mimpi tersebut begitu kerap dalam setiap bulan. Manakala Yon pula, dia terasa badan dia sangat bahang panas dalam pukul 1 pagi ke atas sehingga nak tidur pun susah dan kadang-kadang dia muntah². Sampaikan orang tengok Yon nie kurus kering macam mayat hidup.

Kemudian Acap nie pergi berubat dulu dalam kalangan mereka berempat. Acap cerita ketika pak cik 2 baling garam kasar ke belakang badan dia, dia terus rebah dan menggelupur kesakitan yang perit sampaikan Acap meleleh air liur. Aspat pula banyak juga la merata tempat dia pergi berubat sampai lega.

Yang Ann nie paling lapang sebab dia tak pergi mana-mana tempat berubat sebab dia dan family dia tak percaya benda begini. Yon pula dirawat oleh arwah kawan ayah dia dulu. Arwah kawan ayah dia cakap “oo hang nie ada 2 benda mai hinggap lama dh kt hang. Yang sorang 2 buat bagi ang suka kt dia, yang sorang lagi 2 buat bagi ang lemah”. Yon tanya la sapa yang sihir dia bagi dia suka kat seseorang 2, tahu tak nama yang arwah kawan ayah dia cakap ? Nama awek dia time 2 Syahima.

Yon memang agak terkejut tapi dia hanya diamkan diri. Arwah kata lagi “dia nie cerdik, dia selit mantera kat barang yang dia bagi kt kamu nie. Ada tak barang yang dia bagi kt kamu yang terdapat ayat yang pelik²? 2 bukan ayat Al-Quran tapi 2 mantera dari tempat dia”.

Untuk pengetahuan kamu semua, Husna nie dari negeri Borneo yang tempatnya memang terkenal dengan amalan tersebut. Yon tanya pula “pak cik, yang melemahkan saya 2 macam mana lak pak cik?”.. “Kamu ada tak kawan dengan orang Perlis? .. Kulit cerah putih sikit” time 2 Yon mula fikir aku atau member aku seorang lagi yang buat memandangkan kami berasal dari Perlis. “Dia nie lelaki mulut manis, bibir pink sikit.

 

Dia nie tinggal berhampiran Perlis. Dahsyat dia nie sampaikan dia pergi ke Wat Siam untuk sihir kamu”.. Teka siapakah yang buat perkara syirik nie ? Bila arwah sebut nama Azmir, Yon terus tergamam namun Yon masih berfikiran positif tidak mahu tuduh melulu.

Dalam beberapa hari kemudian, Acap bawa Yon ke tempat yang dia pergi berubat tempoh hari. Pak cik 2 cakap benda yang sama apa yang arwah cakap pada beberapa hari yang lepas. Kemudian mereka berjumpa dengan bang din. Bang Din pun cakap benda yang sama, suspek yang sama.

Kali nie Bang Din cakap “laki nie pergi ke Wat Siam kt Padang Sanai (kalau tak salah aku la) dan dia puja setiap nama kamu kat patung 2 setiap kali upacara untuk menyeksa kamu. Dia pergi minta tolong dari ‘geng’ sana untuk seksa kamu. Yang perempuan nie pula nak kamu teringat dan suka kat dia” jelas bang din. Boleh katakan Yon pergi banyak tempat, semua cakap benda yang sama.

Yon pernah beritahu yang selepas dia clash dengan Husna, dia memang takde hati dah kt Husna nie kira benci sangat² la kt Husna nie tetapi dia selalu teringat kt Husna. Tapi Alhamdulillah benda yang Husna buat kt Yon 2 pulih dalam masa yang agak cepat memandangkan Husna sudah mempunyai orang lain. Cuma tinggal sihir si Azmir nie la take time nak lega.

Sejak peristiwa hitam berkenaan, mereka kalau boleh tak mahu langsung berjumpa dan tak mahu ada sebarang contact dengan Azmir tersebut atas perbuatan dia kat mereka. Mereka pernah sekali terjumpa ketika majlis konvo. Cuma baru-baru nie member aku add Azmir dalam Whatsapp Group yang kami ada dalam 2 l.

Agak bengang juga la sebab sebelum ini aku pernah pesan banyak kt member aku jangan add Azmir dalam whatsapp group walaupun apa pun terjadi (memang tak la aku nak cerita benda betul kang tak pasal² aku kena cekik dengan Acap dan Yon).

Pendek kata ilmu dan amalan yang bertentangan dengan Islam, dilarang keras daripada diamalkan, bukan saja memudaratkan dan menzalimi orang lain, malah menyebabkan akidah menyimpang daripada mentauhidkan Allah.

Semua itu termasuk dalam ilmu dan amalan yang dilarang lagi menyesatkan, boleh disimpul dalam satu istilah ilmu hitam.

SUMBER

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*