Komen ‘MEMBINA’ Che Ta Kepada Fazura Selepas Bernikah Dengan Fattah Amin Ini Menarik Perhatian Netizan!

Loading...

 

 

Semalam, peminat industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita gembira pelakon Fattah Amin dan Fazura sudah sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Pernikahan itu juga mendapat perhatian Che Ta yang memberikan sedikit nasihat kepada Fazura yang bersuamikan lelaki muda.

Setiap pasangan berbeza dan jarak saya dengan suami agak jauh berbanding Fattah dan Fazura, mereka baru tujuh tahun beza. Apa yang boleh saya nasihat ialah kena banyak reda dan saling bertolak ansur kerana cara pandangan kita dan dia (lelaki) berbeza. Kadang-kadang kita jangka dia akan buat perkara ini, tapi dia buat lain.

Pilih lelaki lebih muda kita perlu belajar dan tidak boleh jangka apa yang mereka fikir sama. Soal anak contohnya, Zain mahu anak ramai tapi pada fikiran saya pula yang penting ialah kualiti bukan kuantiti.

Terdahulu, Fattah dan Fazura menerusi satu sidang media khas memberitahu mereka masih lagi menguruskan dokumen pernikahan mereka dan bakal menghadiri kursus kahwin. Mereka merencana untuk bernikah pada penghujung tahun ini dan akan mengadakan dua majlis resepsi pada tahun depan khas untuk keluarga, rakan media dan peminat.

Ini yang dinamakan jodoh, siapa sangka mereka bernikah lebih awal bukan? Ramai yang mendoakan kebahagiaan Fattah dan Fazura dan menantikan kenyataan rasmi daripada mereka berdua pula.

Sumber Berita : mStar Online via BeautifulNara

Fattah Amin, Fazura Sah Bergelar Suami Isteri

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Dengan sekali lafaz, Nur Fazura Sharifuddin sah bergelar isteri kepada aktor Fattah Amin.

Pasangan berkenaan bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel mewah di sini pada pukul 9.50 malam.

Hanya keluarga dan rakan rapat kedua-dua belah pihak sahaja yang diundang ke majlis pernikahan mereka.

Fattah dan Fazura menjadi tumpuan media sejak dua minggu lalu selepas khabar angin pernikahan mereka diperkatakan secara meluas sejurus sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci pada minggu lalu dengan ditemani keluarga masing-masing.

Sebaik tiba dari Mekah pada Khamis lalu, Fattah dan Fazura mengadakan sidang akhbar menafikan mereka sudah bernikah.

Sebaliknya, pasangan itu hanya mengumumkan yang mereka telah melangsung pertunangan di kediaman keluarga Fazura di Petaling Jaya, Selangor. – UTUSAN ONLINE

SUMBER :https://www.utusan.com.my/hiburan/fattah-fazura-bernikah-sebentar-tadi-1.561900

via GedebakViral.net

 

 

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*