MENYANYI LAGU MARIAH CAREY DI PENTAS ASIA’S GOT TALENT, PERSEMBAHAN MAFARIKHA DAPAT ‘STANDING OVATION’ DARI JURI

Loading...

Mungkin anda mengenali wajah ini. Pernah bertanding dalam sebuah rancangan realiti mencari penyanyi, Vokal Bukan Sekadar Rupa pada tahun 2012, Mafarikha atau nama sebenarnya Mafarikha Akhir telah mengharumkan nama Malaysia apabila telah membuat persembahan di pentas Asia’s Got Talent musim kedua.

Menonton persembahannya semalam di saluran AXN, bukan sahaja kami terpaku, malah lagu dendangannya dari Mariah Carey bertajuk Hero ini telah membuat hadirin dan tiga orang penting iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park berdiri sambil memberikan tepukan yang gemuruh.

Sebelum memulakan persembahan, Mafarikha membuat pengakuan bahawa dia ingin melakukan kemunculan semula setelah lama menyepi dalam industri hiburan tanah air.

Berani membawakan lagu diva Mariah Carey, persembahan Mafarikha ternyata membuka mata ketiga-tiga juri dan memberikan tiga ‘yes’ pada Mafarikha untuk dia layak ke peringkat seterusnya. Air mata terharu dan gembira berlinangan turut membuatkan kami yang menonton merasa sebak.

Kami ingin mengucapkan tahniah buat Mafarikha dan terus berikan persembahan yang terbaik demi nama Malaysia dan juga peluang untuknya kembali memenangi hati peminat di Malaysia. Mari tonton persembahan Mafarikha di pentas Asia’s Got Talent musim kedua.

 

Sumber : rojakdaily 

via beritasemasa

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*