NIAT NAK HANTAR GAMBAR B**** PADA BOYFREN, TAPI TERHANTAR PADA AYAH SENDIRI, TAPI RESPON YG DIBERI OLEH SI AYAH SGT MENGEJUTKAN !

Loading...

 

 

Anak tersilap hantar gambar bogel kepada bapa sendiri. tersalah send gambar itu perkara normal tetapi tersalah send gambar bogel adalah kurang normal lagi-lagi bapa sendiri. Lihat gambar di bawah.

 

 

Dalam kejadian tersebut, gadis berkenaan ‘terhantar’ foto tanpa sebarang urat benang kepada ayahnya sendiri. Apa pun reaksinya, ayahnya cuba membalas kembali mesej berkenaan.

Berikut adalah pengakuan gadis tersebut di dalam akaun twitternya mengenai apa yang terjadi.

 

 

Semenjak post tersebut tersebar tersebar di akaun twitternya, pengikutnya yang pada mulanya hanya 800 orang kini telah meningkat mendadak kepada 13,000.

Heh, cara mudah tapi memalukan untuk mendapatkan perhatian.

 

Sumber : wartawan viral

 

“Sebab Bogel, Tak Sangka Jadi Macam Ni” -Nurul Adilla Abd Rahim

 

 

PETALING JAYA: Seorang wanita yang tular susulan kenyataannya di Twitter yang sedia berbogel sama sekali tidak menyangka akan berdepan impak cukup besar buat dirinya.

Walaupun mengakui kesilapan dan membuat permohonan maaf tetapi timbul dakwaan pihak tertentu bahawa dia telah digantung tugas malah ada yang mendakwa dia dibuang kerja daripada sebuah stesen televisyen.

“Tak sangka ini yang jadi sebab isu bogel. Saya tidak digantung atau dibuang kerja. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk bekerja.

“Mereka (syarikat) memahami kesilapan yang berlaku. Saya amat berterima kasih kerana terus diberi peluang dan kepercayaan,” kata Nurul Adilla Abd Rahim kepada mStar Online.

Image result for Nurul Adilla Abd Rahim
Kesilapan berhubung kenyataan ‘bogel’ memberi banyak pengajaran kepada Lala. Foto Facebook Lala Rahim

Insiden itu juga memberi pengajaran kepada penolong penerbit yang lebih dikenali sebagai Lala tentang erti persahabatan.

“Sekarang saya baru tahu siapa kawan, siapa lawan. Di saat saya dihimpit dengan dugaan, orang yang selama ini baik dengan saya tidak membantu, malah turut mengecam,” katanya dengan nada terkilan.

Anak sulung daripada tiga beradik ini turut tidak menyangka masih ada yang prihatin terhadap dirinya, dan paling bersyukur apabila mendapat sokongan keluarga.

Biarpun dikecam hebat, ramai yang memberi nasihat dan motivasi supaya tidak mengulangi kesilapan lalu dan lebih berhati-hati selepas ini terutama di laman sosial.

“Ada kawan yang dah lama tak berjumpa pun hubungi saya dan beri kata-kata semangat. Mereka kenal diri saya yang sebenar,” katanya.

Mengakui serangan buli siber merupakan sesuatu yang menakutkan, Lala bangkit semula daripada kesilapan lalu dan menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya akui kesilapan yang dibuat secara tidak sengaja. Semua orang pernah melakukan kesilapan dan diberi peluang kedua.

“Alhamdulillah, sekarang dah kembali reda cuma saya perlu memperjelaskan tentang dakwaan membabitkan kerjaya saya,” katanya.

Pada minggu lalu, Lala yang baru berusia 23 tahun menjadi perhatian ramai selepas kenyataannya di Twitter bahawa dia mahu berbogel tular di media sosial.

“Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!,” katanya di laman sosial.

Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) pada Selasa berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei 12-4.

Lala telah membuat permohonan maaf berhubung kesilapan itu dan menjelaskan bahawa ia dibuat secara bergurau tanpa berniat untuk melakukannya.

sumber: mstar

 

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*