[PARAH] ELYANA KANSER LYMPHOMA : 8 TANDA AWAL YANG SERING KITA ABAIKAN!

Loading...

 

 

Pengumuman itu dibuat Elyana sebaik namanya diumumkan tersingkir dari program realiti hiburan terbitan Astro Ria, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur, malam tadi.

Ditemui sebaik acara selesai, Elyana berkata, dia berasakan berhak untuk berkongsi berita itu dengan peminat yang menyayangi dan menyokong kerjaya seninya sepanjang bergelar artis.

“Sudah tujuh tahun saya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan mereka. Saya berasakan cukuplah selama ini saya mendiamkan perkara ini daripada pengetahuan mereka.

“Sepanjang tujuh tahun saya menghidap kanser, saya cuba mencari cara dan waktu terbaik bagaimana saya mahu memberitahu kepada peminat. Dan saya berasakan apabila saya tersingkir dari GV4, ia adalah satu peluang,” katanya.

 

 

Kata penyanyi yang cukup popular dengan lagu Kalis Rindu itu, dia juga berasakan perlu memberitahu umum memandangkan ramai yang membuat dakwaan dan menuduh dia sombong dan tidak lagi mahu menyanyi.

“Sebaik disahkan doktor saya menghidap kanser selepas melahirkan Cinta Sumayyah tujuh tahun lalu saya menghilangkan diri bagi membolehkan menjalani rawatan.

“Waktu itu memang saya tidak melayani sebarang permintaan peminat dan menolak tawaran yang datang. Disebabkan itu ada pihak sudah beranggapan saya sombong dan sudah berhenti menyanyi. Sedangkan perkara itu tidak berlaku,” katanya.

Jelas Elyana sepanjang tempoh tujuh tahun itu, dia telah berusaha untuk menjalani rawatan di dalam dan luar negara.

“Bagaimanapun buat masa ini saya menghentikan rawatan di hospital buat sementara waktu dan mencuba rawatan alternatif,” katanya.

Kata Elyana apabila ditanya dari mana dia memperoleh kekuatan sepanjang tujuh tahun berhadapan dengan penyakit kanser, jelasnya ia datang daripada Allah SWT.

“Kalau ikutkan saya tidak kuat,” katanya yang turut meluahkan rasa lega apabila dapat berkongsi mengenai penyakit yang dideritai bersama keluarga, teman rapat dan peminat.

KANSER LIMFOMA

Separuh daripada kejadian kanser darah adalah kanser limfoma atau kanser limfa.

Limfa adalah sistem berangkai yang terdiri daripada nod limfa di leher, bawah ketiak, celah peha, dada dan perut, sistem limfa bertindak mengeluarkan cecair berlebihan dari badan dan juga membina sistem imun badan.

Sel darah putih yang abnormal (sel kanser) akan membelah dan berkumpul dalam nod limfa, lama kelamaan kumpulan sel kanser ini akan menganggu sistem pertahanan tubuh.

kanser limfoma

Bagaimana Kanser Limfoma Terbentuk

Kanser limfoma bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes.

Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.

Ia bergerak dan mengalir dalam jaringan sistem limfa yang tersendiri dari satu bahagian nod limfa ke nod yang lain.

Lymphocytes mampu bergerak ke dalam sistem peredaran darah dan tisu sel badan untuk bertindak balas dengan serangan bakteria dan virus.

Kanser limfoma (lymphoma) terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga membesar dan membentuk tumor.

Tumor ini akan membesar dan menjejaskan tisu dan organ badan yang masih sihat.

Walaupun peratusan untuk sembuh adalah tinggi, jangka hayat pesakit adalah rendah bagi mereka yang tidak bertindak balas kepada terapi semasa.

Menurut Ketua Perkhidmatan Hematologi Kebangsaan, Datuk Dr. Chang Kian Meng, HL dikategorikan sebagai sejenis penyakit berbahaya yang sangat jarang berlaku, tetapi banyak terjadi kepada golongan muda.

Katanya, dianggarkan satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap HL dan 60 peratus daripadanya adalah lelaki.

“HL merupakan kanser darah yang bermula dari sel lymphocytes, iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun manusia.

“Apabila nodus limfa membengkak, lymphocytes yang tidak normal akan membentuk sel tumor yang boleh menyebabkan berlakunya HL,” katanya dalam sesi perkongsian mengenai HL dan pelancaran terapi terbaharu, Adcentris (brentuximab vedotin) oleh Takeda Malaysia Sdn. Bhd., di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ujarnya, mereka yang berumur antara 15 hingga 30 mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat HL, malah warga emas yang berusia 55 tahun ke atas juga mempunyai risiko yang sama.

Mereka yang terdahulu dijangkiti virus Epstein-Barr juga mempunyai risiko yang sama, selain penghidap HIV atau AIDS yang sememangnya mempunyai kadar imunisasi rendah yang akan mengakibatkan HL bertambah teruk.

Dr. Kim Meng berkata, HL boleh dikenalpasti melalui kaedah biopsi seperti ujian darah, x-ray, imbasan CT (CT Scan), Imbasan MRI (MRI Scan), dan Imbasan PET (PET Scan).

Bagaimanapun, rawatan berbeza dikenakan kepada pesakit yang berbeza mengikut tahap kanser atau faktor-faktor seperti lokasi kanser, jenis HL, dan umur pesakit.

“Pesakit akan menjalani rawatan sama ada melalui rawatan kemoterapi, radioterapi ataupun kombinasi kedua-duanya sekali. Jika pesakit tidak bertindak balas dengan rawatan tersebut, mereka perlu menjalani pemindahan sel stem bertujuan memberi peluang yang lebih baik untuk merawat beberapa jenis penyakit HL melalui pengawalan dalam tempoh masa yang lebih lama berbanding rawatan kemoterapi standard,” katanya.

Secara amnya, terdapat dua jenis limfoma iaitu HL dan Limfoma Bukan-Hodgkin (NHL). NHL lebih biasa berlaku apabila sistem limfatik menghasilkan limfatik yang tidak normal dan biasanya menyerang mereka yang berusia 60 ke atas.

NHL lebih kompleks kerana mempunyai pelbagai jenis melalui dua kumpulan besar, iaitu B-cell lymphomas dan T-cell lymphomas dan berbeza berdasarkan sub jenis kanser. Bagaimanapun, simptom yang berlaku hampir sama seperti HL namun mereka turut mengalami kesukaran untuk bernafas, sakit di bahagian dada, dan perut membengkak.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Hematologi, Hospital Duran i Reynals, Barcelona, Sepanyol, Dr. Anna Sureda, berkata, 70 peratus daripada pesakit HL mengalami keadaan yang berulang dalam tempoh 12 bulan selepas melakukan pemindahan sel tunjang autologus dan kelangsungan hidup yang kurang dari setahun.

Katanya, antara rawatan terbaharu bagi mengelakkan penyakit HL berulang atau bersifat refraktori adalah melalui terapi konjugat ubat antibodi (ADC) yang berupaya memusnahkan sel kanser berbahaya, CD30+, secara khusus.

Ubat khusus ADC berfungsi menyasarkan secara khusus protein CD30 yang ditemui pada permukaan sel kanser yang berbahaya tanpa merosakkan sel sihat di sekeliling tumor.

“Dengan terapi ini, kelangsungan hidup secara keseluruhan boleh melebihi empat tahun dalam kalangan pesakit HL dan Limfoma Sel Besar Anaplastik Sistematik (sALCL) yang berulang atau bersifat refraktori.

“Dengan pilihan rawatan terbaharu ini, pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti dan bermakna bersama keluarga yang tersayang,” katanya.

Pengenalan terapi terbaharu Adcentris itu juga diadakan sejajar dengan sambutan Hari Kesedaran Limfoma Sedunia yang disambut setiap 15 September bagi meningkatkan tahap kesedaran terhadap penyakit HL dan NHL.

Golongan Yang Berisiko Mengidap Kanser Limfoma

Warga tua
Lelaki
Mengahadapi masalah auto-imun
Pengidap HIV/AIDS
Banyak memakan daging merah dan lemak
Selalu terdedah kepada bahan kimia

8  Tanda Tanda Kanser Limfoma

Nod limfa membengkak pada bawah ketiak, leher, atau celah paha.
Demam
Badan menjadi lemah dan keletihan
Hilang berat badan
Sentiasa berpeluh
Sukar benafas dan sering sakit dada
Gatal gatal pada kulit
Ruam kulit

 

sumber: beritasemasa.net

 

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*