PASPORT SINGAPURA “PALING BERKUASA” DI DUNIA, INI PULA KEDUDUKAN PASPORT MALAYSIA!

Loading...

SINGAPURA – Luas Singapura hanya 719 kilometer persegi. Penduduknya pula hanya sekitar 5.6 juta orang.
Walau bagaimanapun, negara kecil itu mampu mempunyai dokumen imigresen yang “paling berkuasa” di dunia.

Indeks Pasport mengeluarkan senarai negara-negara yang bebas pergi ke negara lain tanpa visa.

Indeks Pasport dibangunkan oleh laman web ‘Global Passport Power Rank 2017’, Arton Capital.

Singapura berada di senarai teratas untuk pasport “paling berkuasa” di dunia.

Oleh itu, setiap warga Singapura boleh datang ke 159 negara tanpa perlu menggunakan visa.

Agensi berita AFP melaporkan, peningkatan Negara Merlion itu ke kedudukan puncak datang selepas Paraguay mengangkat larangan penduduk Singapura untuk datang ke negaranya.

Pengarah Urusan Arton Capital Singapura, Philippe May, menyebut, ini adalah pertama kali pasport Asia boleh menjadi begitu kuat secara global.

(Foto: freemalaysiatoday.com)

“Ini berikutan faktor dasar luar yang berpandangan jauh dan hubungan diplomasi yang sangat baik dengan memahami globalisasi sebagai satu peluang.

“Singapura tidak terkunci dalam zon perjalanan biasa (contohnya dengan negara-negara ASEAN yang lain), dan tidak pernah mengenakan sekatan visa kepada warga asing hanya kerana negara-negara anggota ASEAN lain mempunyai sekatan,” kata May kepada CNN.

Pasport Singapura kini merupakan antara yang paling berpengaruh dalam dunia yang diterima tanpa visa oleh 159 negara. ( Foto: Alvin Chong / Channel News Asia)
Jerman, sering disebut sebagai kekuatan utama Eropah, berada pada kedudukan yang kedua.

Sementara itu, Amerika Syarikat pula berada pada kedudukan enam bersama Malaysia, Republik Ireland, dan Kanada, dengan jumlah negara yang boleh dikunjungi tanpa visa adalah sebanyak 154 negara.

AFP menyiarkan, jatuhnya kedudukan pasport AS disebabkan dasar Presiden Donald Trump yang kerap memusuhi banyak negara, termasuk kelompok agama.

Bagaimana pula dengan negara jiran kita Indonesia? Mengikut Indeks Pasport, Indonesia berada pada kedudukan yang ke 64 kumpulan Afrika, Zambia, Tunisia dan Tanjung Verde.

Hanya 63 negara yang bersedia mengetepikan visa bagi pemegang pasport Indonesia.

Di Asia Tenggara, Indonesia kalah kepada Thailand (72 negara), Malaysia (154 negara), dan Timor Leste (84 negara).

Berikut adalah kedudukan terkini Indeks Pasport paling berkuasa:

1. Singapura: 159

2. Jerman: 158

3. Sweden, Korea Selatan: 157

4. Denmark, Finland, Itali, Perancis, Sepanyol, Norway, Japun, United Kingdom: 156

5. Luxembourg, Switzerland, Netherlands, Belgium, Austria, Portugal: 155

6. Malaysia, Ireland, Kanada, Amerika Syarikat: 154

7. Australia, Greece, New Zealand: 153

8. Malta, Czech Republic, Iceland: 152

9. Hungary: 150

10. Slovenia, Slovakia, Poland, Lithuania, Latvia: 149

sumber

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*