PELIK! Robot Ini Berjaya Dapat Kerakyatan Arab Saudi!

Loading...

ARAB Saudi mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama memberi taraf kerakyatan kepada sebuah robot.
Robot bernama Sophia memberitahu penonton dalam satu sidang media di Riyadh bahawa dia berasa bangga selepas menjadi warganegara Arab Saudi.

Namun, orang ramai mula mempertikaikan sama ada robot tersebut lebih berhak daripada golongan wanita di negara berkenaan.http://bujanglapok.com/viral-sensansi/pelik-robot-ini-…yatan-arab-saudi/

Dalam sidang media itu Sophia tidak memakai tudung dan abaya, perkara yang diwajibkan untuk wanita Arab Saudi ketika berada di khalayak umum.

“Terima kasih saya kepada kerajaan Arab Saudi. Saya amat berbangga dengan perbezaan yang unik ini.

“Ia detik bersejarah apabila menjadi robot pertama di dunia diberi taraf kerakyatan,’ kata Sophia.

Namun tidak jelas sama ada taraf kerakyatan itu akan bermakna dalam istilah praktikal.

 

sumber: mstar

 

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*