SAMSENG! Bekas Menteri Sabah Ugut Tembak Pemandu Uber

Loading...

 

 

KOTA KINABALU: Seorang bekas menteri Sabah semasa dikatakan telah mengugut seorang pemandu Uber dengan kata-kata dan pistol selepas merempuh pemandu itu dari belakang.

Bekas menteri itu dikatakan cuba meneruskan perjalanan selepas rempuhan itu namun dihalang oleh mangsa.

Chin Wong Seng, 65, sewaktu sidang media di pejabat DAP pada Ahad berkata, dia keluar dari keretanya sebelum mengetuk kereta bekas menteri itu untuk menyelesaikan apa yang berlaku.

“Dia cakap pada saya ‘kau nak mati, aku tembak kau’ sambil mengacukan pistol sewaktu saya minta nombor telefon,” ujar Chin.

 

Bekas menteri Sabah acu pistol kepada saya, kata pemandu UberSeorang pemandu Uber yang mendakwa diugut dengan pistol oleh bekas menteri Sabah berharap polis menyiasat kesnya dengan adil. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 November, 2017.

 

Tambahnya lagi, nombor telefon yang diberi oleh suspek juga tidak dapat dihubungi.

Sewaktu kejadian, Chin memberitahu suspek supaya menembak sahaja dirinya yang sudah tua.

Selepas itu, suspek meletakkan senjata dan mengarahkan Chin supaya datang ke pejabatnya di Tanjung Aru bagi menyelesaikan kes itu.

“Saya harap pihak polis akan menyiasat kes ini,” ujar Chin yang telah membuat laporan di balai polis Karamunsing pada Ahad.

sumber: mstar

Artikal  viral seterusnya….

PANAS! Kalau Tak Cantik .. Telanjang Bulat Pun Tiada Siapa Mahu – Datuk Seri Bung Moktar Radin

 

 

Kecantikan seseorang tidak mempunyai kaitan dengan penampilannya, kata anggota parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Apa masalah pakai tudung? Kalau dia perempuan cantik, walaupun pakai tudung, tetap cantik juga.

“Kalau pun dia tidak cantik, telanjang pun, siapa mahu?” soalnya dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Wakil rakyat BN itu berkata demikian ketika mengulas isu larangan hotel terhadap pekerja kaunter depannya daripada bertudung.

Beliau juga berkata hotel-hotel asing yang beroperasi di negara ini harus mengikut peraturan sedia ada di Malaysia.

“Kenapa mereka suka-suka membuat penindasan sebegini ini?” soalnya.

Beliau juga berkata menegaskan masyarakat berbilang kaum di negara ini sudah lama saling menghormati antara satu sama lain.

SUMBER : https://www.malaysiakini.com/news/402599

Isu ini berbangkit selepas tular isu hotel tidak membenarkan pekerjanya memakai tudung. Rata rata komen netizen mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Bung Mukhtar, kerana ia berbunyi racist terhadap wanita. Apabila beliau mengeluarkan ayat ‘ kalau anda tak cantik, bogel pun takde siapa nak’. Sesungguhnya ayat ini agak ‘pedas’ untuk didengar dan tidak sepatutnya berlaku.

TARIK BALIK SIJIL HALAL HOTEL HINA ISLAM

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik semula sijil halal yang dikeluarkan kepada hotel yang menghina Islam.


Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pengiktirafan halal tidak patut diberikan kepada syarikat yang menghina dan melakukan diskriminasi terhadap orang Islam kerana tindakan itu boleh disamakan dengan mereka yang membunuh masyarakat Rohingya Islam.

“Lebih-lebih lagi hotel tersebut sebenarnya banyak mengaut keuntungan daripada sijil halal apabila diberikan pengiktirafan untuk orang beragama Islam datang dan mendapatkan perkhidmatan me­reka.
‘‘Adalah tidak masuk akal apabila sijil halal yang amat diambil berat oleh orang Islam diberikan kepada syarikat yang mempersendakan Islam serta membiarkan mereka terus mendapat manfaat daripadanya,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Pe­ngerusi Persa­tuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH), Samuel Cheah Swee Hee menyatakan, terda­pat rangkaian hotel antarabangsa yang menggunakan prosedur operasi standard (SOP) pemakaian uniform tanpa tudung di semua rangkaian hotel mereka di seluruh negara.

Kenyataan itu mendapat reaksi Men­teri Pelanco­ngan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menegaskan, pihak yang mengamalkan polisi tersebut adalah kurang ajar dan ternyata tidak bertanggungjawab kerana ia jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Nadzim berkata, PPIM dan beberapa gabungan NGO Islam bersepakat untuk meminta Jakim menarik semula sijil halal hotel tersebut dan meminta orang ramai membantu untuk memberikan maklumat.

SUMBER : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tarik-balik-sijil-halal-hotel-hina-islam-8211-ppim-1.553588

via gedebakviral

 

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*