TERBONGKAR!! Akhirnya status sebenar “Anak Angkat” Stacy AF terbongkar juga.. Patut lah MUKA Nak Sama,,Rupanya…

Loading...

 

 

Penyanyi terkenal, Stacy telah mengambil seorang anak angkat iaitu Bella Valentina yang kini sudah pun berusia tiga tahun….
Pemilik nama Stracie Angie Anam ini mengakui dirinya terlalu menyayangi anaknya, walaupun Bella bukan darah dagingnya sendiri.

“Bella ibarat nyawa Stacy sendiri. Bella juga telah menukar diri Stacy menjadi seorang yang lebih matang….
Sebelum kehadiran Bella, Stacy ni macam budak-budak sikit tetapi sekarang dah berubah.

“Sejak ada Bella, Stacy lebih bahagia dan seronok. Sampaikan sekarang ini, ke mana sahaja Stacy pergi, Stacy pasti tak sabar hendak cepat pulang ke rumah sebab hendak habiskan masa bersama Bella,” katanya.

Bella kini tinggal bersama Stacy di Kuala Lumpur dan sudah pun dihantar ke kelas pra-sekolah di sebuah tadika di ibu kota.

Dapur tempat Akim dan Stacy ‘jatuh cinta’

Di mata Akim, Stacy kelihatan ‘seksi’ ketika di dapur.

Ia mungkin dipengaruhi sikap semula jadinya yang memang berkenan pada wanita yang gemar ke dapur, selain sikapnya memang tidak suka makan di luar.

Begitu istimewanya Stacy kepada Akim, justeru dia selalu resah ketika memenuhi rutin harian di luar dan segera ingin pulang.

“Saya seorang yang tidak suka menghabiskan waktu di luar rumah dan sikap itu memang dididik sejak kecil.

“Memang sudah menjadi kebiasaan saya buat sesuatu aktiviti di rumah, seperti menonton televisyen beramai-ramai atau makan bersama keluarga.

“Kebetulan pula saya dikurniakan Stacy sebagai isteri yang begitu suka memasak, alhamdulillah,” kata pemilik nama penuh Afiq Akim Ahmad itu.

 

Pasangan penyanyi yang digilap daripada program realiti Akademi Fantasia itu mendirikan rumahtangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Menghitung hari untuk bergelar ibu, usia kandungan Stacy – atau nama Islamnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, 26 – kini mencecah tujuh bulan.

Akim, 25, sebelum bergelar bapa pada Februari tahun ini.

Bagi Akim, emosi wanita hamil kadang kala sukar diramal. Bagaimanapun, dengan usia kandungan Stacy yang sudah tujuh bulan, dia terbiasa berdepan situasi sedemikian yang kerap terjadi ketika isterinya baru bangun dari tidur.

“Entah apa salah, dia boleh tiba-tiba menjadi marah-marah pada waktu pagi.

“Perangai pelik itu mungkin disebabkan mimpi buruk atau disebabkan saya lupa cium dia sebaik bangun tidur.

“Tapi saya anggap itu proses yang perlu kami belajar dalam menangani sesuatu masalah dan situasi,” katanya.

Menurut penyanyi Mewangi itu, dapur bolehlah dikatakan sebagai lokasi terbaik untuk Stacy melupakan seketika segala kekalutan hariannya yang kadang-kadang membuat dia tertekan.

Dan sebenarnya, sebagai memenuhi selera Akim, Stacy sejak berkahwin tidak pernah lekang mendalami selok-belok ilmu menyiapkan juadah Melayu.

Malahan disebabkan ‘jatuh cinta’ dengan asam pedas dan gulai lemak, Stacy pernah meminta ibu Akim, Aminah Bahari, 52, berkongsi resipi.

“Saya lihat kalau Stacy memasak dia lebih tenang mungkin kerana dia dapat melaksanakan tanggungjawab buat suaminya.

“Lagipun dapur tempat dia lepaskan segala tekanan dihadapi,” katanya.

Sumber:kenabaca

 

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*