TERBONGKAR! Pengakuan Fazura Bagaimana Fattah Amin Berjaya ‘MENUNDUKKAN’ Dia!

Loading...

 

 

PELAKON Nur Fazura mengakui dia seorang wanita degil dan tidak terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat memandang hanya memikirkan karier seni sahaja.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 34, berkata hati dia bagaimanapun terbuka apabila bertemu Fattah, 27, selain mula melihat masa depan mereka bersama.

“Saya memang seorang wanita yang sangat degil dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat.

FAZURA ‘TUMPAS’ DI TANGAN FATTAH AMIN

“Tapi apabila bertemu dengan Fattah dan mengenali dia, hati saya terbuka. Saya nampak masa depan dengan dia. Dia melamar dan saya menerima,” kata Fazura kepada mStar Online.

SUMBER : http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/24/fazura-degil/

Selepas penikahan mereka, pihak JAWI pula memberi respond.

Fattah, Fazura Tidak Diberi Layanan Istimewa

 

PETALING JAYA: Ketika timbul persoalan mengenai pernikahan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) mengesahkan pasangan berkenaan mengikut peraturan perkahwinan yang betul.

Menurut jurucakap pejabat agama itu, kedua-dua pelakon tersebut melalui prosuder perkahwinan sama seperti pasangan berkahwin lain.

“Ya, mereka bernikah malam tadi (Isnin) dan dinikahkan oleh jurunikah daripada pihak Jawi. Kami menerima permohonan dan dokumen yang lengkap daripada pasangan tersebut.

“Fattah juga menghadiri kursus kahwin dan membuat permohonan itu melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPIMM) secara dalam talian,” ujarnya kepada mStar Online.

Pasangan yang bergandingan dalam drama Hero Seorang Cindarella itu dilaporkan selamat bergelar suami-isteri pada kira-kira pukul 9.50 malam Isnin di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Majlis akad nikah itu berlangsung secara tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Sementara itu, tambah jurucakap itu, tiada sebarang layanan istimewa atau jalan mudah diberikan kepada pasangan selebriti berkenaan.

“Kami tidak memberi sebarang keistimewaan kepada mereka dan mereka melalui semua proses itu seperti orang lain,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu di kediaman keluarga wanita itu sebelum kedu-duanya menunaikan ibadah Umrah bersama-sama.
Mereka dijadual mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada tahun hadapan.

SUMBER : http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/28/fattah-fazura-jawi/

kredit: http://gedebakviral.net

 

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*