Terpaksa menyisihkan diri daripada masyarakat akibat penyakit anehnya, lelaki dengan tangan seperti kulit kayu ini kini mulai pulih selepas pembedahan. Sangat menakjubkan. Jom lihat gambar setelah tangannya kembali normal….

Loading...

 

 

Tidak semua orang bertuah dilahirkan dalam keadaan yang sempurna dan cukup serba serbi. Lihat di sekeliling kita, ada sahaja mereka yang yang diuji dengan pelbagai ujian seperti penyakit. Bagi yang menghidapi penyakit tertentu terutamanya yang ganjil pasti membataskan setiap pergerakan mereka. Mereka hilang keyakinan diri, menjadi bahan ejekan masyarakat atau yang lebih menyedihkan ada yang diabaikan oleh keluarga.

Seorang lelaki dari Gaza dilaporkan menghidapi sejenis penyakit yang dikenali sebagai epidermodysplasia verruciformis selama lebih satu dekad. Masalah kulit ini berlaku akibat luka seperti kutil yang berlaku di seluruh badan. Oleh kerana tangannya terjejas teruk, dia memutuskan untuk mengurung diri di dalam rumah supaya dapat mengelak daripada bertemu dengan orang ramai. Namun semua itu berubah apabila dia menjalani satu pembedahan.

Tangan yang terjejas teuk sekali pandang ianya seperti kulit kayu!

Mohammad Taluli, seorang lelaki berusia 42 tahun dari Gaza, dikatakan menghidapi epidermodysplasia verruciformis sehingga dia berani untuk menghadapi dunia luar.

Setelah berpuluh tahun hidup dalm kesunyian dia akhirnya menerima rawatan yang sewajarnya. Walaupun penyakitnya tidak merebak, dokotr yang merawatnya tetap menggunakan beberapa lapis sarung tangan dan topeng khas bagi melindungi diri mereka.

Pakar bedah risau jika penyakitnya itu akan menjadi kanser jadi mereka telah berjaya membuang semua luka pada tangannya dalam sebuah pembedahan yang dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Hadassah. Kesan daripada pembedahan itu kulit pada tangannya tertanggal semuanya, tiada yang tinggal jadi doktor telah melakukan pemindahan kulit dari organ lain untuk menutup luka tersebut.

Keadaan Taluli sangat menyedihkan sebelum pembedahan. Tanggannya tidak dapat digerakkan, dia juga terpaksa menyisihkan diri darpada masyarakat. Walau bagaimanapun kini semuanya mula berubah. Lukanya mulai sembuh dan doktor berharap agar dia akan dapat pulih dengan cepat.

Gen ini hanya diwarisi daripada dua gen EV yang tidak normal daripada ibu bapa. Sehingga kini tiada lagi kaedah rawatan yang ditemukan untuk penyakit ini tetapi diagnosis awal dapat mencegahnya daripada menjadi kanser.

Sumber: erabaru.com.my

 

 

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*