“Tiada Jalan Mudah Atau Layanan Istimewa Untuk Mereka” – JAWI Dedahkan Sesuatu mengenai pernikahan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura

Loading...

 

 

PETALING JAYA: Ketika timbul persoalan mengenai pernikahan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) mengesahkan pasangan berkenaan mengikut peraturan perkahwinan yang betul.

Menurut jurucakap pejabat agama itu, kedua-dua pelakon tersebut melalui prosuder perkahwinan sama seperti pasangan berkahwin lain.

“Ya, mereka bernikah malam tadi (Isnin) dan dinikahkan oleh jurunikah daripada pihak Jawi. Kami menerima permohonan dan dokumen yang lengkap daripada pasangan tersebut.

“Fattah juga menghadiri kursus kahwin dan membuat permohonan itu melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPIMM) secara dalam talian,” ujarnya kepada mStar Online.

 

Pasangan yang bergandingan dalam drama Hero Seorang Cindarella itu dilaporkan selamat bergelar suami-isteri pada kira-kira pukul 9.50 malam Isnin di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Majlis akad nikah itu berlangsung secara tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Sementara itu, tambah jurucakap itu, tiada sebarang layanan istimewa atau jalan mudah diberikan kepada pasangan selebriti berkenaan.

“Kami tidak memberi sebarang keistimewaan kepada mereka dan mereka melalui semua proses itu seperti orang lain,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu di kediaman keluarga wanita itu sebelum kedu-duanya menunaikan ibadah Umrah bersama-sama.
Mereka dijadual mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada tahun hadapan.

SUMBER : http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/28/fattah-fazura-jawi/

Terbongkar! Pengakuan Fazura Bagaimana Fattah Amin Berjaya ‘MENUNDUKKAN’ Dia

 

PELAKON Nur Fazura mengakui dia seorang wanita degil dan tidak terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat memandang hanya memikirkan karier seni sahaja.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 34, berkata hati dia bagaimanapun terbuka apabila bertemu Fattah, 27, selain mula melihat masa depan mereka bersama.

“Saya memang seorang wanita yang sangat degil dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat.

FAZURA ‘TUMPAS’ DI TANGAN FATTAH AMIN

“Tapi apabila bertemu dengan Fattah dan mengenali dia, hati saya terbuka. Saya nampak masa depan dengan dia. Dia melamar dan saya menerima,” kata Fazura kepada mStar Online.

 

SUMBER : http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/24/fazura-degil/

Apa Che Ta ‘PESAN’ Kepada Fazura Berkenaan Dapat Suami Lebih Muda Dari Dia

Peminat industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita gembira pelakon Fattah Amin dan Fazura sudah sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Pernikahan itu juga mendapat perhatian Che Ta yang memberikan sedikit nasihat kepada Fazura yang bersuamikan lelaki muda.

Setiap pasangan berbeza dan jarak saya dengan suami agak jauh berbanding Fattah dan Fazura, mereka baru tujuh tahun beza. Apa yang boleh saya nasihat ialah kena banyak reda dan saling bertolak ansur kerana cara pandangan kita dan dia (lelaki) berbeza. Kadang-kadang kita jangka dia akan buat perkara ini, tapi dia buat lain.

Pilih lelaki lebih muda kita perlu belajar dan tidak boleh jangka apa yang mereka fikir sama. Soal anak contohnya, Zain mahu anak ramai tapi pada fikiran saya pula yang penting ialah kualiti bukan kuantiti.

Terdahulu, Fattah dan Fazura menerusi satu sidang media khas memberitahu mereka masih lagi menguruskan dokumen pernikahan mereka dan bakal menghadiri kursus kahwin. Mereka merencana untuk bernikah pada penghujung tahun ini dan akan mengadakan dua majlis resepsi pada tahun depan khas untuk keluarga, rakan media dan peminat.

Ini yang dinamakan jodoh, siapa sangka mereka bernikah lebih awal bukan? Ramai yang mendoakan kebahagiaan Fattah dan Fazura dan menantikan kenyataan rasmi daripada mereka berdua pula.

Sumber Berita : mStar Online via BeautifulNara

kredit: http://gedebakviral.net

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*