[VIDEO] JANDA yang menawarkan diri untuk kahwin kontrak tidak menyesal memuat naik status, Ini Pandangan Islam…

Loading...

 

 

JANDA berusia 22 tahun yang memuat naik status di Facebook (FB) menawarkan diri untuk kahwin kontrak sehingga tular dan dikecam teruk netizen sejak Ahad lalu, tidak menyesal memuat naik status itu.

Menurutnya apa yang dilakukan adalah hak peribadinya.

 

Katanya, dia memang mahu mencari calon suami untuk berkahwin buat kali kedua selepas bercerai tahun lalu.

“Saya tertekan kerana keluarga minta saya kahwin cepat. Sebab itulah saya muat naik status sedemikian untuk cari calon idaman saya,” katanya yang juga peniaga.

Katanya, ramai mengecamnya akibat status berkenaan yang dimuat naik Ahad lalu.

“Saya mahu cari yang sedap mata memandang dan tidak gemuk. Benar dalam status di FB saya tidak mahu kemas rumah dan masak kerana tidak mahu dikongkong.

“Oleh kerana itu saya tawarkan duit kepada calon suami saya. Bagaimanapun tindakan saya itu dikecam dan saya tidak kisah,” katanya yang menetap di Sungai Petani, Kedah.

Menurutnya, dia memadamkan status di FB itu selepas dua jam memuat naiknya kerana dikecam teruk.

Katanya, dia juga buat FB live bagi menjelaskan status yang dimuat naik itu.

“Bukan saja ramai yang ‘pm’ (mesej) saya untuk menjadikan saya isteri, malah ramai yang kecam walaupun status itu sudah dipadam.

“Suka hati saya nak buat apa, ini bukan jenayah. Saya yang nak kahwin, mesti la nak cari suami yang elok,” katanya.

Katanya, dia meminta netizen berhenti sebarkan status yang dimuat naik itu.

“Henti sebarkan status saya itu dan apa-apa cerita mengenai saya,” katanya.

Sementara itu, kaunselor keluarga Hushim Salleh berkata, perkahwinan kontrak jelas ditegah dalam Islam.

“Nikah Muta’ah atau pernikahan yang mempunyai perjanjian tertentu adalah ajaran Syiah dan harus dielakkan.

Mungkin wanita itu mahu jaminan terhadap dirinya supaya tidak ditinggalkan kelak.

“Bagaimanapun, individu itu seperti memperdagangkan hubungan suami isteri,” katanya.

Menurutnya, ‘trend’ mempromosikan diri untuk dikahwini lelaki akan mendatangkan keburukan pada masa akan datang.

“Akan terjadi ungkit mengungkit dan persoalan mengenai soal maruah si isteri yang diiklankan di media sosial berkenaan,” katanya.

VIDEO:

sumber: hmetro

Maksud Nikah Mut’ah atau Kahwin Kontrak

Nikah mut’ah atau kahwin kontrak ialah nikah bertempoh. Ini jelas dari lafaz akad nikah mut’ah, menurut Imam Syiah Ja’afar Al-Sadiq, seperti berikut:

Aku nikah dengan kamu dalam mut’ah, mengikut Quran dan sunnah Rasulullah, tanpa warisan dariku kepada mu atau sebaliknya, untuk tempoh ………… dengan mahar …………

Nikah mut’ah menyamai nikah biasa dalam beberapa perkara, seperti ada ijab-kabul dan mahar. Nikah Mut’ah juga berbeza dari nikah biasa dalam beberapa perkara, seperti tak perlu ada wali atau saksi.

Nikah mut’ah pernah dibenarkan di zaman Rasulullah, tapi, menurut hadith, Rasulullah telah mengharamkannya selepas perang Khaibar. Oleh itu, baiklah nikah cara biasa, atau nikah siri

 

No automatic alt text available.

Edited by: Team Bujang Lapok

 

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*