[VIDEO] PANAS! INI Punca Sebenar Neelofa Tak Hadir Meletop Sewaktu Fattah Dan Fazura Jadi Tetamu

Loading...

 

 

Di ketika ini, timbul kekecohan di kalangan peminat rancangan hiburan Meletop yang mempersoalkan ketiadaan Neelofa sebagai pengacara dalam episod baru-baru ini.

Ada yang mengaitkan punca Neelofa melarikan diri adalah kerana kehadiran dua tetamu jemputan dalam episod berkenaan iaitu Fattah Amin dan Fazura.

Ini berikutan perang dingin yang tercetus antara Fattah dan Neelofa ketika Fattah didakwa enggan hadir ke Meletop beberapa minggu lalu.

Meskipun pasangan pengacara Neelofa dan Nabil telah menyatakan akan hasrat mereka untuk menunaikan ibadah di Kota Mekah dalam episod terdahulu, namun apa yang membuatkan netizen berang apabila hasil siasatan mereka mendapati Lofa masih berada di tanah air ketika Meletop berlangsung baru-baru ini.

Susulan itu, akhbar Mstar Online membuat pendedahan punca di sebalik “kehilangan” Neelofa dengan bertanyakan sendiri kepada pihaknya.

punca sebenar neelofa tak hadir meletop sewaktu fattah dan fazura jadi tetamu 2

 

Kredit foto: Mstar

Difahamkan, Neelofa sudahpun membuat perancangan untuk bercuti.

Niat cuti yang asalnya mahu digunakan untuk beribadat di Mekah terpaksa ditangguhkan pada saat-saat akhir kerana masalah mahram.

Penjelasan tersebut didedahkan oleh pihak pengurusan Neelofa sendiri berserta bukti screenshot perbualan Whatsapp mereka.

Sumber : iluminasi

 

Kenyataan Fattah Amin Selepas Disindir Neelofa Tak Hadir Ke Meletop

 

kenyataan fattah amin selepas disindir neelofa tak hadir ke meletop 1

Kredit foto: eh.com.my 

Sebelum ini kecoh apabila aktor drama bersiri Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin tidak menghadirkan diri ke rancangan hiburan Meletop.

Fattah didakwa membatalkan kehadirannya pada saat-saat akhir. Bagaimanapun dakwaan itu bercanggah dengan kenyataan beliau yang memaklumkan dirinya tidak menerima sebarang arahan untuk hadir dalam rancangan hiburan tersebut.

 

Susulan itu, alasan Fattah menerima sindiran pedas daripada pengacara Meletop, Neelofa. Berikut kenyataan panas yang diluahkan Neelofa menerusi Instagram Stories.

Sebelum tidur, nak maafkan semua orang dulu. Tapi nak pesan dekat orang yang berkenaan, live live jugak.. tapi jangan sampai producerkeluarkan bukti tentang appearance malam ni.

Gara-gara respon Neelofa, peminat Lofattah bertelagah sesama sendiri. Masing-masing cuba mempertahankan selebriti kesayangan mereka, sama ada Fattah ataupun Neelofa.

Ketegangan tersebut akhirnya memanggil Fattah untuk menyuarakan sesuatu. Berikut kenyataan terbaru Fattah yang dipetik daripada akaun Instagramnya.

kenyataan fattah amin selepas disindir neelofa tak hadir ke meletop 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin 

 

Kejap saja dah 5 hari kita berpuasa. Saya harap Ramadhan kali ini membawa lebih berkat dariNya.

Memandangkan kita di bulan Ramadhan ni, saya harap kita akan lebih hati-hati dengan kata-kata dan tingkahlaku kita. Sebenarnya, setiap masa pun kena #buatyangbaikbaik, tapi bulan puasa ni, kenalah alert lagi dengan apa yang kita cakap dan buat.

Untuk peminat saya, saya harap kita tak perlulah bertikam lidah lagi dah mengenai apa yang lepas. Kita sokong saja siapa kita nak dan terus bagi sokongan untuk artis kesayangan kita. Tak perlu dah nak bandingkan ke, nak laga-laga kan ke, semua tu tak memberi apa-apa manfaat pun.

Setiap situasi tak perlu ada reaksi dari kita. Biar orang buat kita, tapi jangan sesekali kita buat orang. Kita buat yang baik, Insya Allah orang akan buat yang baik balik kat kita satu hari nanti.

#sincerelyFattah #QalifModen #inspireFattah #doayangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #cakapyangbaikbaik #Ramadhan2017 #Ramadhan1438 #Fattah1438 

Mungkin apa yang berlaku hanyalah salah faham. Diharapkan peminat Lofattah dapat bertenang dan tidak memanaskan lagi keadaan.

kenyataan fattah amin selepas disindir neelofa tak hadir ke meletop 3

Kredit foto: ohwhuuutviral.blogspot.my 

Neelofa Sudah Temui Pengganti Fattah Amin?

 

neelofa sudah ada buah hati baru 1

Kredit foto: Instagram Neelofa 

Meskipun pelakon Neelofa dan Fattah Amin sudahpun mengeluarkan kenyataan akan hubungan cinta mereka yang telah lama berakhir, namun kisah tersebut masih lagi diungkit oleh sesetengah pihak.

Neelofa dalam kenyataan terbarunya meluahkan rasa tertekan terhadap gosip berkenaan.

Gangguan yang datang tanpa mengira waktu ini ada kalanya membuatkan saya terfikir bila ia akan berakhir. Sejak Februari lalu saya ambil pendekatan untuk senyap daripada memberi penjelasan yang akhirnya memberi saya ketenangan.

Sumber: Harian Metro

Malah beliau juga enggan melayan sebarang bentuk cerita negatif selagi tidak membabitkan nama keluarganya.

 

Dalam masa yang sama, Neelofa akui dirinya kini ada berkawan, namun enggan menghebohkan perkara tersebut dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

 

Saya orangnya biasa saja. Apabila usia matang begini, selepas saya mengenali hati budi seseorang lelaki, saya menilai pada asas dirinya. Apa asas yang dinilai itu, biarlah rahsia. Sampai masa, mungkin saya akan kongsi dan buat masa sekarang simpan saja dahulu.

Sumber: Harian Metro 

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*